Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.ta.ngi] | منداتڠي

Definisi : 1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi: sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa, menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa (bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit; 4. Id ark menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan atau akhiran); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.ta.ngi] | منداتڠي

Definisi : 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendatangi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
imbuhan meng- pada perkataan menghujani mempunyai makna atau tidak ...

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud menghujani ialah mendatangkan (melepaskan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan.

Makna05.11.2009
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan kerasionalan penggunaan huruf besar/kecil bagi perkataan "iblis". Dalam DBP memang dinyatakan penggunaan huruf kecil. Namun, jika dilihat pada ayat al-Quran dan ahli syariah, secara peribadinya saya merasakan PENGGUNAAN HURUF BESAR LEBIH TEPAT. Contoh 1: Ertinya: “Iblis berkata, ‘Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).’ (14) Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).’ (15) Kemudian, iblis berkata, ‘Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) telah menyebabkan aku tersesat, (maka) sesungguhnya aku akan berusaha menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus. (16) Kemudian, aku benar-benar akan mendatangi mereka dari arah hadapan atau belakang mahupun dari arah kanan atau kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (17)’” (Surah al-A‘raf 7: 14-17) Contoh 2: Menurut Ibn ‘Abbas, iblis dinamakan ‘Azazil dalam kalangan malaikat. Dia ialah malaikat yang tinggi darjatnya, paling kuat beribadat dan memiliki empat sayap. Namun setelah dilaknat, dia dikenali sebagai iblis. Ayat-ayat tersebut menunjukkan iblis sebagai individu jin bukannya sekumpulan jin/syaitan jahat. Jadi, mungkinkah sewajarnya ejaan iblis itu dieja dengan huruf besar (Iblis)? Sekian, terima kasih.Iblis dikategorikan sebagai kata umum sama seperti malaikat. Iblis dieja dengan huruf besar sekiranya disandarkan dengan jenis iblis seperti Iblis Zalanbur, begitupun lazimnya disebut Zalanbur sahaja. Malaikat juga dieja dengan huruf kecil, namun nama malaikat ditulis dengan huruf besar seperti Izrail.Tatabahasa08.08.2020
Salam sejahtera... Saya berasa hairan dan musykil tentang beberapa perkara. Lain yang tertera dalam Kamus Dewan, lain pula yang tertera dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Yang berikut ialah senarai jawapan yang saya terima daripada pihak DBP 1) Memperakui = mengesahkan 2) Memperakukan = menyetujui serta menyokong 3) Memperhamba = memperlakukan sebagai hamba 4) Memperhambakan = menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sebagai hamba kepada 5) Menghambakan (diri) = menjadikan hamba 6) Menghambai = mengabdi (kepada) 7) Mempersenjatai = melengkapi dengan senjata 8) Mempersenjatakan = tidak wujud, perkataan yang betul ialah bersenjatakan 9) Menghujani = 1. mendatangkan (melepaskan) dengan banyak-banyak (peluru dan lain-lain) dan 2. mendatangi sesuatu dengan banyak-banyak 10) Menghujankan = 1. menurunkan hujan pada, membasahkan seseorang atau sesuatu dalam hujan dan 2. (maksud kiasan) menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak 11) Segala sama maksudnya dengan semua, sekelian, seluruh dan segenap. Namun sekiranya merujuk kepada Tatabahasa Dewan 1) perkataan memperakui dianggap sebagai salah 2) memperakukan ialah certify = mengesahkan mana satu yang betul? Adakah maksud memperkawani ialah berkawan dengan? Adakah istilah memperkawankan wujud? manakah yang harus saya ikuti? Kamus Dewan ataupun Tatabahasa Dewan?Pertanyaan saudara akan kami rujuk kepada panel buku Tatabahasa Dewan. Cadangan kami dalam hal pengajaran, silalah merujuk Tatabahasa Dewan dan Kamus Pelajar kerana Kamus Dewan ialah kamus umum yang merakamkan segala bentuk kata yang terdapat dalam kalangan masyarakat. Kamus Dewan penting untuk mengetahui makna kata yang terakam. Jawapan pertanyaan saudara akan di-e-melkan kepada tuan dengan kadar segera.Tatabahasa04.10.2012
Salam sejahtera.. Sekiranya merujuk kepada kamus, memang jelas bahawa perkataan-perkataan ini wujud dan mempunyai maksud yang tersendiri. Namun malangnya, apabila latihan tatabahasa dikemukakan. lain pula jawapan yang diterima: 1) memperakui - tidak wujud? 2) memperakukan - mengesahkah / certify 3) memperhamba - menjadikan seseorang sebagai hamba 4) memperhambakan - mengabdikan diri sebagai hamba 5) menghambakan (diri) - mengabdikan diri sebagai hamba 6) menghambai (??) - "tidak wujud"?? 7) mempersenjatai - memberikan/membekalkan senjata kepada 8) mempersenjatakan - tidak wujud 9) menghujani - mencurahkan/"bertanya" dengan banyak 10) menghujankan - melepaskan sesuatu Saya dimaklumkan bahawa perkataan "segala" adalah salah manakala perkataan "segala-galanya" adalah betul. Namun bukankah: 1) segala - semua 2) segala-galanya = semua-muanya (????)1) Memperakui = mengesahkan 
2) Memperakukan = menyetujui serta menyokong
3) Memperhamba =  memperlakukan sebagai hamba
4) Memperhambakan =  menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sebagai hamba kepada
5) Menghambakan (diri) = menjadikan hamba 
6) Menghambai = mengabdi (kepada) 
7) Mempersenjatai = melengkapi dengan senjata
8) Mempersenjatakan = tidak wujud, perkataan yang betul ialah bersenjatakan 
9) Menghujani = 1. mendatangkan (melepaskan) dengan banyak-banyak (peluru dan lain-lain) dan 2. mendatangi sesuatu dengan banyak-banyak
10) Menghujankan = 1. menurunkan hujan pada, membasahkan seseorang atau sesuatu dalam hujan dan 2. (maksud kiasan) menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak
11) Segala sama maksudnya dengan semua, sekelian, seluruh dan segenap.
Tatabahasa28.09.2012

Kembali ke atas