Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.tang.kan] | منداتڠکن

Definisi : 1. membawa (memasukkan, memanggil) dr tempat lain: air tambahan ini didatangkan dr kolam dan terusan air; pihak universiti akan ~ beberapa orang pen­syarah dr luar negeri; 2. menyebabkan (meng­akibatkan, menjadikan) berlakunya (wujudnya, terdapatnya, dll) sesuatu, me­nimbulkan: demokrasi di Malaysia ini akan ~ kebahagiaan dan kesejahteraan kpd negara kita; moga-moga usaha ini akan ~ faedah kpd kita bersama; peperangan akan ~ berbagai-bagai keburukan semata-mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.tang.kan] | منداتڠکن

Definisi : 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendatangkan

Peribahasa

Hemat pangkal kaya,
     sia-sia hutang tambah.

Bermaksud :

Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Mendatangkan banyak manfaat ATAU banyak mendatangkan manfaat. Mana satu betul,dan apakah rasionalnya? 2. Cara penggunaan 'Sehubungan dengan itu'

Kedua-duanya bagi frasa mendatangkan banyak manfaat dan banyak mendatangkan manfaat adalah betul dan boleh digunakan.

Penanda wacana sehubungan dengan itu... biasanya digunakan pada bahagian perenggan isi yang mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini. Berfungsi sebagai kesatuan dan perpautan yang lengkap bagi menyampaikan  sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis mahupun berucap.

Tatabahasa30.05.2021
" Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" ayat tersebut mengalami proses pengguguran jenis apa

Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. 

Tatabahasa26.05.2011
1. memberi dorongan / memberikan dorongan 2. Membaca banyak mendatangkan faedah kepada kita/ Membaca mendatangkan banyak faedah kepada kita. 3. Apabila tiba di / ke lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan. 4. Kita harus sentiasa berjaga-jaga demi menjaga keselamatan kita/ keselamatan kita.

Berikut ialah jawapan yang betul:
1. Memberikan dorongan tetapi perlu ditambah kepada siapa. 2. Kedua-duanya betul. 3.  Apabila tiba di lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas (telah tiba, gunakan "di"). 4. Kita harus berjaga-jaga demi keselamatan kita.

Tatabahasa21.04.2010
Chow Sheng Mar 9th, 10:13am Berjoging ialah senaman yang mendatangkan banyak faedah Chow Sheng Mar 9th, 10:17am ayat ini ayat majmuk atau ayat tunggal ?Ayat "Berjoging ialah senaman yang mendatangkan banyak faedah" ialah ayat majmuk.Tatabahasa09.03.2015
Berdiam diri () lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tidak mendatangkan faedah Amemang Bhanya Cjuga Dsahaja Mana satu yang betul Terima kasihAyat "Berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tidak mendatangkan faedah" adalah betul dan tidak perlu ditambah dengan perkataan lain.Tatabahasa26.04.2022
MAKSUD TERPERINCI TENTANG 'TEKANAN KERJA'Tekanan kerja membawa kesan positif dan juga negatif. Tekanan kerja yang sedikit perlu untuk meningkatkanproduktiviti. Manakala tekanan kerja yang berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif. Suasana  di tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental termasuklah perhubungan sesama rakan sekerja dan perhubungan dengan majikan. Untuk maksud yang perinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain20.01.2009
Ayat " Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" Ayat tersebut mengalami proses pengguguran FN sbg subjek atau FN yang berfungsi sebagai inti dalam FN.ApakahTQVM

Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. 

Tatabahasa29.05.2011
Saya keliru ayat untuk soalan ujian Di bawah betul atau salah. Sejak akhir-akhir ini ramai pemuda gemarkan kerja-kerja bercucuk tanam kerana mendatangkan hasil yang lumayan. Dalam ayat ini,Ada kata bilangan jamak Dan menggunakan kata Ganda kerja-kerja. Harap dapat membantu dengan penjelasan.

Ayat yang betul ialah “Sejak akhir-akhir ini ramai pemuda menggemari kerja bercucuk tanam kerana mendatangkan hasil yang lumayan.”.

Kata jamak ramai pemuda betul kerana ramai telah merujuk bilangan lebih daripada seorang pemuda. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian kata bilangan Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 287.

Kerja-kerja bercucuk tanam digantikan dengan kerja bercucuk tanam sahaja kerana perkataan “kerja” merujuk kepada perbuatan bercucuk tanam.

Tatabahasa18.01.2024
Menurut kamus dewan(edisi keempat) Perkataan "bagi" dan "untuk" mendatangkan maksud yang sama. Bagaimanakah kita hendak membezakan penggunaannya, contohnya : Masalah jerebu perlu diatasi segera ____ menangani masalah pencemaran udara yang semakin serius. Dalam ayat ini, penggunaan yang tepat ialah "bagi" atau "untuk" ?

Kata sendi nama "untuk"  dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan funfsi tertentu seperti i. untuk menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaan yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama "bagi", ii. untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan ini "untuk" tidak boleh bertukar ganti dengan "bagi".

dalam ayat yang dikemukakan berdasarkan konteks dan makna ayat tersebut, kedua-dua kata sendi "untuk dan "bagi" boleh digunakan(menunjukkan kegunaan sesuatu).       

Tatabahasa09.04.2008
Salam sejahtera, Apakah peribahasa yang dapat memerihalkan maksud sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan keburukan secara serentak? Terima kasih.Peribahasa mengandungi maksud yang tertentu dan lazimnya satu peribahasa mengungkapkan suatu pengertian, seperti Jangan menggerak ular tidur (maksudnya bahaya jangan dicari) dan Jatuh di atas tilam (maksudnya beruntung kerana mendapat rezeki). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, karya Abdullah Hussain.Tatabahasa13.04.2011
123456

Kembali ke atas