Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.tang.kan] | منداتڠکن

Definisi : 1. membawa (memasukkan, memanggil) dr tempat lain: air tambahan ini didatangkan dr kolam dan terusan air; pihak universiti akan ~ beberapa orang pen­syarah dr luar negeri; 2. menyebabkan (meng­akibatkan, menjadikan) berlakunya (wujudnya, terdapatnya, dll) sesuatu, me­nimbulkan: demokrasi di Malaysia ini akan ~ kebahagiaan dan kesejahteraan kpd negara kita; moga-moga usaha ini akan ~ faedah kpd kita bersama; peperangan akan ~ berbagai-bagai keburukan semata-mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.tang.kan] | منداتڠکن

Definisi : 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendatangkan

Peribahasa

Hemat pangkal kaya,
     sia-sia hutang tambah.

Bermaksud :

Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الإسترباحmencari untungAgama IslamFiqhUsaha yang mendatangkan pendapatan lebih daripada modal.
prurituspruritusHerbaFitoterapiGatal yang teruk sehingga mendatangkan keinginan untuk menggaru. Pruritus menunjukkan ciri- ciri kebanyakan penyakit kulit seperti alahan dan boleh juga menjadi tanda sesuatu penyakit sistemik.
palliative treatmentrawatan paliatifAIDSTiadaRawatan yang tidak mendatangkan pemulihan tetapi boleh mengurangkan gejala penyakit.
phytotoxicfitotoksikPertanianAgronomi

Berkaitan dengan bahan kimia yang mendatangkan kerosakan atau kemusnahan kepada tanaman. Fitotoksik biasanya digunakan untuk mengawal rumpai secara kimia.

avalanche windangin avalancheGeografiTiadadi kawasan pergunungan dan boleh mendatangkan kerosakan harta benda terutamanya bangunan.
dararkemudaratanPerniagaan IslamTiadaKerosakan yang terjadi pada barangan yang mendatangkan kerugian, sama ada pada keseluruhan produk, seperti tarikh luput penggunaan atau nilai barangan tersebut menjadi susut seperti kerosakan enjin kereta.
tenesmustenesmusPerubatanTiadaDesakan yang menyakitkan untuk membuang air tanpa mendatangkan hasil yang memuaskan.
dilation intrusionrejahan pendilatanGeografiTiadaRejahan batuan igneus yang membesar dan mendatangkan tegasan ke atas batuan persekitaran.
abusesalah gunaPerubatanTiadaPenggunaan sesuatu bahan secara berlebihan biasanya sehingga mendatangkan mudarat.
mal ghair mustaghallahharta tak produktifPerniagaan IslamTiadaHarta yang tidak mendatangkan hasil serta tidak ditaksirkan zakat namun masih lagi mempunyai nilai dan boleh dijual, seperti bangunan usang, tanah gersang atau kilang yang tidak beroperasi. Harta sedemikian boleh bertukar menjadi harta yang produktif sekiranya diusahakan. Banding mal mustaghallah.
1234567

Kembali ke atas