Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.dau.lat.kan] | منداولتکن

Definisi : menjadikan berdaulat, mem­­-beri hak (kuasa dll), menjadikan ber­wibawa: perjuangan hendak ~ Bahasa Kebangsaan bukan perjuangan baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.dau.lat.kan] | منداولتکن

Definisi : menjadikan berdaulat; memberikan hak (kuasa dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendaulatkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
jENIS frasa dalam ayat: Gerakan mendaulatkan kedudukan bahasa Melayu bukan baru.G"erakan mendaulatkan kedudukan bahasa Melayu bukan baru" ialah frasa nama.Tatabahasa05.11.2014
Saya ingin bertanya, apakah kepentingan penguasaan bahasa asing untuk kemajuan negara? Bagaimanakah cara untuk mengekal dan mendaulatkan bahasa Malaysia di samping menguasai bahasa asing sperti bahasa Jepun, Rusia dan Inggeris?Bahasa asing perlu juga dikuasai untuk menambahkan pengetahuan dan ilmu dalam pelbagai bidang. masih terdapat banyak buku rujukan dalam bahasa asing yang belum lagi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Cara yang terbaik untuk mengekalkan dan mendaulatkan bahasa Melayu adalah dengan mengamalkannya dalam urusan harian kita dan juga  di peringkat antarabangsa.  Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa kebangsaan kita dan mengamalkannya seharian hingga ke peringkat antarabangsa.Lain-lain27.04.2008
pengaruh media massa dalam mendaulatkan bahasa melayu

Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui pembacaan dan penelitian buku-buku dan makalah yang berkaitan serta melakukan kajian lapangan. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk membuat penyelidikan.

Lain-lain09.04.2010
PENGARUH MEDIA MASSA DALAM MENDAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN

Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui pembacaan dan penelitian buku-buku dan makalah yang berkaitan serta melakukan kajian lapangan. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk membuat penyelidikan.

Lain-lain09.04.2010
Ayat: Satu daripada wasiat Raja-raja Melayu ialah mendaulatkan bahasa Melayu. Raja-raja Melayu atau raja-raja Melayu (nama am, kedua-dua r huruf kecil) atau raja Melayu (nama am, r huruf kecil) atau Raja Melayu (nama khas?) atau ada yang lain?

Ejaan yang betul ialah wasiat Raja-raja Melayu, tidak seperti Majlis Raja-Raja Melayu iaitu sebuah badan/pertubuhan khas.

Ejaan29.12.2009
Sila lihat lampiran. Terima kasih.Syabas, atas semangat tuan mendaulatkan bahasa Melayu. Kami akur dengan beberapa kenyataan saudara, dalam banyak perkara bahasa Melayu tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Banyak kesalahan bahasa yang kita temui dan yang paling menghiris hati tidak ada langsung penggunaan bahasa Melayu sedangkan penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain memenuhi ruang iklan tersebut. Banyak perkara lagi yang menyakitkan mata dan hati kerana seperti yang tuan nyatakan kesalahan/tida ada langsung penggunaan bahasa Melayu ada di mana-mana. Dalam hal ini DBP bertindak melalui undang-undang kecil dan garis panduan yang ada di PBT. DBP belum ada kuasa untuk menguatkuaskan akta yang berkaitan. DBP memantau dan kesalahan yang ditemui disalurkan kepada pihak yang berkaitan.Lain-lain18.06.2012
Salam, Mohon penelitian ayat - ayat berikut sebagai lirik lagu Kita semua serupa Berpijak dibumi yang nyata Mendaulatkan prinsip yang lima Bersatu hati demi semua Usah diduga akal dan budi Merobek jiwa meruntuh janji Hitam dan putih tidak bererti Asal semua hormat menghormati Ayuh semua kita Berganding bahu berpimpin tangan Mengharungi onak dan duka Asal kita tidak berangan Nun didesa atau dikota Semua pasti merasa bahagia Menyemai kasih menyulam cinta Melahirkan insan yang setia Apa jua rintangan Jangan ada yang terkesan Memutuskan persahabatan Mencipta jurang perpecahan

Lirik lagu tidak perlu melalui proses semakan DBP. Walau bagaimanapun, mohon pihak tuan membetulkan ejaan seperti di bumi, di desa, di kota dan hormat-menghormati.

Untuk makluman tuan juga, dalam penulisan karya sastera, ada sedikit "kebebasan" diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya yang diistilahkan sebagai “kebebasan penyair” (poetic licence). Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Biasanya lesen ini lebih banyak melibatkan penyair, cerpenis, novelis dan termasuk penulis lirik lagu. Sungguhpun begitu, karya seni termasuk lirik lagu yang menggunakan bahasa yang baik dan betul dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Ini kerana karya seni termasuklah lirik lagu merupakan ranah yang digemari ramai dan dapat mempopularkan sesuatu bahasa dengan cepat.

Untuk membantu tuan membuat semakan penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.


Lain-lain17.11.2021
Kaitkan peranan Bahasa Melayu dengan jatidiri dan wawasan negara.Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan, Setiap rakyat harus mematuhi peruntukan ini. Kita perlu memelihara dan mendaulatkan bahasa kebangsaan kita dan mempunyai rasa bangga dan megah diri terhadap bahasa kita. Untuk mencapai wawasan negara bM berperanan sebagai bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa perhubungan.Lain-lain15.11.2007
apakah itu akta bahasa kebangsaan? apakah fungsi akta bahasa kebangsaan? mengapa akta bahasa kebangsaan diwujudkan? siapakah yang pernah membuat penyelidikan berhubung akta bahasa kebangsaan?Akta Bahasa Kebangsaan ialah undang-undang (yg digubal dan diluluskan oleh parlimen tentang penggunaan bahasa kebangsaan/bahasa rasmi negara. Setiap negara merdeka mempunyai akta bahasa kebangsaan masing-masing antara lain untuk mendaulatkan bahasa ibunda sesuatu negara. Sila kunjungi mana-mana perpustakaan untuk dapatkan maklumat lanjut tentang akta tersebut ataupun akta-akta yang lain juga.Lain-lain09.10.2007
Apakah perbezaan perkataan 'peranan' dan 'fungsi'?

Encik Razali,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan peranan dan fungsi membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun, penggunaan dalam ayat perkataan ini diguinakan mengikut kesesuaian. Contohnya, i. Fungsi(bukan peranan) mesin itu adalah untuk memotong kertas. ii. Masyarakat juga berperanan (bukan berfungsi) untuk membantu negara mendaulatkan bahasa Melayu.  

Makna11.02.2010
12

Kembali ke atas