Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.ya.i] | منداياءي

Definisi : 1. menipu, mengakali; 2. mem­pengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.ya.i] | منداياءي

Definisi : 1 memberi daya (kekuatan) kpd. 2 mengenakan pengaruh pd; mempengaruhi. 3 mengenakan tipu helah pd; mengakali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendayai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hal ini bermakna, yg betulnya ialah memerdaya, menadbir, dan sebagainya. JIka salah, mengapa pula demikian?Kata daya apabila mendapat imbuhan menjadi berdaya, memperdaya, mendayai Tidak ada bentuk memerdaya. Tadbir apabila menerima imbuhan meN menjadi mentadbir. Huruf t dalam kata tadbir tidak gugur apabila mendapat imbuhan meN.Tatabahasa05.10.2007
"memberdaya personaliti insan guru" satu tajuk yang disampaikan dalam satu ceremah motivasi. Sesuaikah perkataan "memberdaya" untuk menggantikan perkataan "memperkasa".

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan memberdaya tiada dalam rujukan kami,  yang ada ialah perkataan mendayai atau kedayaan bagi maksud memberi tenaga atau kebolehan membuat sesuatu. Manakala memperkasakan pula bermaksud menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya).  Daripada huraian di atas menunjukkan bahawa kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang berbeza.

Makna11.02.2009

Kembali ke atas