Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.yung] | مندايوڠ

Definisi : 1. menggerakkan (perahu dsb) dgn menggunakan dayung, mengayuh (dgn dayung): sukan-sukan yg diadakan ialah lumba lari, ~ sampan, menembak, berenang, dll; 2. Id mengayuh basikal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.yung] | مندايوڠ

Definisi : 1 menggerakkan perahu (sampan dll) dgn dayung; mengayuh: Pemuda itu ~ perahunya ke seberang. 2 menggerakkan basikal dgn memutarkan pengayuhnya; mengayuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendayung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, bolehkah tanya tuan/puan yang manakah istilah yang paling sesuai? 1) Rowing (sukan melumba perahu dengan menggunakan dayung): Lumba dayung, lumba perahu dayung atau mendayung? 2) Venue (stadium/pusat sukan/bangunan/padang yang menganjurkan pertandingan sukan): tempat, gelanggang, tempat acara, tempat penganjuran acara atau lokasi penganjuran? 3) Youth Olympic Games (Sukan Olimpik bagi atlet berumur 14-18 tahun): Sukan Olimpik Belia atau Sukan Olimpik Remaja Saya ada satu pertanyaan lagi: adakah istilah "Olimpik" betul? Atau hanya "Sukan Olimpik" sahaja boleh diterima?

Menurut Istilah MABBIM, terjemahan bagi ‘rowing’ ialah lumba dayung manakala ‘venue’ ialah tempat. Jika merujuk laman web Majlis Sukan Negara, terjemahan bagi Youth Olympic Games ialah Sukan Olimpik Remaja. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, terjemahan bagi ‘Olympic’ ialah Sukan Olimpik.

Makna18.09.2021

Kembali ke atas