Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.dé.fi.ni.si.kan] | منديفينيسيکن

Definisi : memberikan definisi, men­-takrifkan: ~ istilah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.dé.fi.ni.si.kan] | منديفينيسيکن

Definisi : memberikan takrif; mentakrifkan: Terlalu sukar baginya ~ perkataan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendefinisikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mission timelinegaris masa misiAeroangkasaTiadaPerancangan terperinci yang mendefinisikan semua aktiviti bagi sesuatu misi.
refugee;pelarianSains PolitikHubungan AntarabangsaKonvensyen PBB pada tahun 1951 mendefinisikan pelarian sebagai seseorang yang berada di luar negaranya, dan takut dihukum kerana berkaitan dengan kaum, agama, kewarganegaraan, keahlian dalam sesebuah pertubuhan sosial atau fahaman politik. Akibat takut dihukum, individu tersebut enggan mendapatkan perlindungan daripada negaranya sendiri dan tidak mahu kembali ke negara asalnya.
criticismkritikanKesusasteraanTiadaCabang pengajian yang berkaitan dengan perihalan sastera. Contohnya, mendefinisikan karya sastera, mengklasifikasikan karya sastera berdasarkan genre, mentafsirkan makna, menganalisis struktur dan gaya, menilai mutu melalui perbandingan dengan karya lain, menjangkakan kesan terhadap pembaca, menetapkan prinsip umum kritikan sastera, dan mewajarkan kehadiran karya sastera daripada usaha menyanggah, menafikan, menolak dan menapisnya. Kritikan sastera berfokus pada empat perkara, iaitu pengarang, teks, khalayak dan konteks. Dalam proses kritikan ini, keempat-empat perkara tersebut digunakan, sama ada secara bersendirian, bertindan atau bergabung. Kritikan sastera juga memanfaatkan teori kritikan seperti marxisme, strukturalisme, pascastrukturalisme, pascamodenisme, pascakolonialisme, feminisme dan sebagainya. Teori kritikan juga berfokus pada empat perkara di atas. Lihat juga kritikan kehakiman, kritikan Marxis, kritikan moral, kritikan pascakolonial, kritikan pascastrukturalis, kritikan pramatik.
food standardstandard makananMakanan dan PemakananTeknologi MakananSatu set peraturan yang mendefinisikan kriteria yang perlu ada pada makanan supaya sesuai untuk pengedaran atau penjualan.
family resemblancepersamaan kesaudaraanKesenianTiadaIstilah yang dimajukan oleh Ludwing Wittgenstein dalam usahanya untuk mendefinisikan karya seni daripada segi falsafah.
sense-of-mission marketingpemasaran bermisiPentadbiranTiadaPrinsip pemasaran yang mengatakan bahawa sesebuah syarikat harus mendefinisikan misinya dari segi kepentingan sosial, bukan dari segi keluaran sahaja.
spritepeperiPendidikanTiada

 Objek dalam sesetengah versi bahasa pengaturcaraan logo iaitu pengguna boleh mendefinisikan melalui warna, bentuk dan ciri-ciri lain dan digunakan untuk membuat animasi.

 
Commerce XML (CXML)XML dagang (CXML)Teknologi MaklumatTiadaPiawai yang digunakan dalam transaksi perniagaan dalam talian. Ia ialah metabahasa eksplisit yang mendefinisikan struktur pesanan pembelian, pengesahan pesanan dan dokumen-dokumen e-perniagaan yang lain. Struktur XML memudahkan perisian aplikasi untuk mencapai dan menghantar data ke perisian aplikasi lain. Ia merupakan sebahagian daripada protokol pindah hiperteks (HTTP) Web.
scientific methodkaedah saintifikPsikologiPsikologi UmumKaedah yang berasaskan kepada pengumpulan bukti, deskripsi dan ukuran yang tepat, definisi yang jelas, pengamatan terkawal dan keputusan yang boleh diulang bukti. Terdapat enam tahap yang perlu diberi perhatian dalam menjalankan kajian saintifik, iaitu membuat pemerhatian, mendefinisikan masalah, mencadangkan hipotesis, mengumpul bukti atau menguji hipotesis, menerbitkan keputusan dan mengesahkan teori.
galebadaiSains MarinTiadaAngin yang berada dalam julat kelajuan 63-87 km/jam. Pada tahun 1986, Pusat Kajian Ribut Tropika Kebangsaan menggunakan istilah ini untuk angin ribut tropika yang berada di kawasan pantai yang berkelajuan 61-117 km/jam. Kaedah utama yang biasa digunakan untuk mengukur angin kencang ialah skala Beaufort yang mendefinisikan angin badai sebagai angin yang berada dalam julat 50-102 km/jam. Pada skala angin Beaufort, badai dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: 7 (badai sederhana 32-38 batu/jam); 8 (badai baharu 39-46 batu/jam); 9 (badai kuat 47-54 batu/ jam); dan 10 (ribut/badai keseluruhan 55-63 batu/jam). Badai juga dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: (0: tenang; 1: udara ringan; 2: angin tenang bahasa; 3: angin sepoi; 4: angin sederhana; 5: angin laju sederhana; 6: angin kuat; 11: ribut ganas, dan 12: ribut siklon tropika).

Kembali ke atas