Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.kat] | مندکت

Definisi : 1. pergi (datang) dekat atau hampir ke sesuatu atau kpd seseorang: basikal penjual mi goreng itu semakin ~; 2. hampir tiba atau sampai: semua penduduk di daerah pedalaman telah dipindahkan dgn serta-merta kerana serangan musuh telah ~; 3. mahu berbaik-baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendekat


Pantun

PantunSumberTema
Sejak betik mulai masak, Banyak siamang mahu mendekat; Sejak adik memakai celak, Banyaklah orang mahu memikat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila menyukat.padi di bakul, Banyak semut datang mendekat; Dinda berangkat hatiku masyghul, Hendak ikut dilarang adat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kita hendak memukat, Kerana diserang angin sakal; Bagaimana hamba hendak mendekat, Kerana abang bertambah gatal.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana lagi hendak berhelat, Pengantin sudah lama menghilang; Bagaimana kami hendak mendekat Perjanjian sudah lama dibuang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok sungguh menarik pukat, Sebelum usai belum berhenti; Elok sungguh adik mendekat, Harummu bagai kuntum melati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pingganlah pesuk diisi juga, Baru diangkat pecah berderai; Badanlah bongkok berbini muda, Baru mendekat sudah terkulai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Telah lama orang menyimpai, Untuk penguat pasak pedati; Sudah lama abang mengintai, Untuk mendekat tidak berani.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah selasih direndam orang, Bila dimakan menjadi ubat; Sudah kupilih adik seorang, Mengapa tuan tidak mendekat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila badik berkering basah, Tentulah mudah dimakan karat; Bila adik berpaling tadah, Tentulah hamba takut mendekat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baju kebaya berwarna ungu, Pakaian dara waktu berhelat; Baru bersua sudah merayu, Manakan hamba mau mendekat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas