Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ka.ti] | مندکتي

Definisi : 1. pergi (datang) dekat kpd, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dgn: saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya; 2. hampir tiba pd (masanya dll), menuju ke (waktunya): setiap saat yg berlalu bererti peperiksaan ~ masanya; 3. (hendak) berbaik-baik, ber-hubungan erat dgn: Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba utk ~ negara-negara yg baru muncul; 4. hampir mencapai (bkn umur dll): usianya sudah ~ empat puluh tahun; 5. mengambil langkah dsb utk me­laksanakan tugas dsb atau mengatasi masalah: ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu; 6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai): gambaran yg ~ kenyataan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ka.ti] | مندکتي

Definisi : 1 datang atau pergi dekat dgn; menghampiri; merapati: Saya ~ polis itu lalu bertanya. 2 hampir tiba masanya: Orang tua itu, makin hari makin ~ hari matinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendekati

Peribahasa

Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. tersendeng = tersenget-senget.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu lebih tepat: 1) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'akan menjadi sama ada'mati terlecuh atau beku" atau 2) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'sama ada akan menjadi' mati terlecuh atau beku"Yang lebih tepat ialah : Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi akan  sama ada mati terlecuh atau menjadi beku. Tatabahasa06.03.2008
Adakah ayat ini betul? Budak yang mendekati orang tua itu bertanyakan asal-usul peristiwa yang berlaku.Ayat yang betul ialah "Budak yang mendekati orang tua itu bertanyakan rentetan/punca peristiwa yang berlaku."Tatabahasa21.07.2013
Apakah terjemahan paling mendekati dengan maksud "textual materials"?Padanan bahasa Melayu untuk "textual materials" ialah bahan teks.Makna24.11.2021
Salam sejahtera Pertama sekali, syabas saya ucapkan pada PRPM kerana berjaya mendekati masyarakat dengan lelaman interaktifnya. Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan 'gejala'. Menurut Kamus Dewan, gejala bermaksud sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu, tanda-tanda akan berlakunya sesuatu, atau keadaan yg menjadi tanda-tanda penyakit. Dewasa ini kita lihat ramai yang mengggunakan frasa "gejala sosial" atau "gejala seks rambang". Perkataan 'gejala' seakan-akan membawa maksud masalah. Apa ini dapat diterima? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).Tatabahasa06.02.2009
Salam, sila jelaskan maksud perkataan: terseok-seok Contoh ayat: Dengan langkah terseok-seok, nenek tua itu mendekati keramaian. Saya telah mencari dalam kamus dewan edisi 3 dan juga melalui carian kata tetapi tidak menemui maksud perkataan ini. Saya dapati perkataan ini banyak digunakan dalam sebuah buku yang saya baca dan saya dapati penulis tersebut menggunakan perkataan ini berulang kali. Sila jelaskan maksud perkataan tersebut. Terima kasih.Istilah ini tidak terdapat dalam mana-mana sumber rujukan kami. Mohon saudara menjelaskan lebih lanjut judul/tajuk buku yang saudara baca,   nama pengarang dan syarikat penerbitan buku tersebut bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini. Kemungkinan perkataan tersebut seharusnya berengsot-engsot yang bermaksud bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan).Istilah25.05.2010
Apakah ganti nama bagi raja yang zalim. Contoh ayat: Para pengawal membawa Sarah kepada Raja Mesir. Apabila beliau mendekati Sarah, tiba-tiba tangan dan kakinya lumpuh. **Raja Mesir dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang raja yang zalim dan suka merampas isteri orang**Kata ganti nama yang tepat ialah baginda. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.Tatabahasa12.04.2013
Bolehkan pihak DBP memberikan definisi lengkap berkenaan "Hari Bertemu Pelanggan" atau "Hari Bersama Pelanggan" Terima kasih.Berdasarkan carian kami, "Hari Bertemu Pelanggan" ialah aktiviti yang dilaksanakan sebagai salah satu usaha sesebuah organisasi atau syarikat untuk mendekati pelanggan dan memberikan ruang kepada pelanggan untuk mengetahui maklumat terkini tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Pada hari tersebut juga, pihak yang melaksanakan aktiviti ini boleh mendapatkan maklum balas, cadangan dan aduan daripada pelanggan bagi meningkatkan prestasi organisasi atau syarikat mereka.Lain-lain01.01.2023
Mohon beri penjelasan lanjut/ perbezaan antara rujukan dan akses

rujukan bermaksud keterangan lanjutan mengenai sesuatu perkara atau sumber untuk dirujuk manakala akses bermaksud:

1. proses atau cara untuk mencapai (memperoleh, menggunakan) sesuatu data, maklumat, capaian

2. peluang untuk mendekati seseorang.

Tatabahasa13.10.2011
Adakah betul untuk menggunakkan ungkapan capai hati? Terima kasihUngkapan capai hati tidak terdapat dalam data kami.

Dalam Kamus Dewan, capai bermaksud ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dengan menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dengan, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dengan bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yang bersahaja itu, tetapi dengan bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya untuk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yang sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh.
Tatabahasa16.09.2013
Salam, Saya telah menulis buku yang berjudul Tip dan Trik Usrah. Mohon pandangan dan nasihat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia berhubung penggunaan kalimah "trik" dalam konteks budaya dan kesesuaian bahasa. Apakah trik itu dikaitkan dengan konotasi negatif sekiranya disandarkan kepada perkara baik. Sebagai contoh Trik Usrah. Mohon pandangan pihak Tuan/Puan Terima kasih.Dalam Kamus Dewan tip bermaksud petua, manakala trik bermaksud teknik atau membuat sesuatu dengan cepat dan betul. Trik dalam bahasa percakapan bermaksud helah dan dalam penggunaan harian penggunaan trik lebih banyak menggambarkan maksud tersebut. Oleh itu, dalam hal menamakan buku kami cadangkan pihak tuan menggunakan nama lain yang lebih tepat dan santun seperti Panduan Mendekati Usrah.Tatabahasa03.07.2012
12

Kembali ke atas