Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.der.ha.ka] | مندرهاک

Definisi : melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan je­na­yah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.der.ha.ka] | مندرهاک

Definisi : melakukan perbuatan yg derhaka; menentang kekuasaan (kerajaan, orang tua, suami dll): Hang Jebat sanggup ~ kpd Raja kerana hendak membela Hang Tuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menderhaka


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PÉTAIN, HENRY PHILIPPE

Pétain, Henry Philippe (1856–1951), menjadi

wira kebangsaan Perancis kerana kepimpinan dalam

ketenteraan semasa Perang Dunia I. Namun dia telah

dibicarakan dan dipenjarakan atas tuduhan

menderhaka pada usia lanjutnya kerana dia

bersubahat dengan Jerman dalam Perang Dunia II.

UMUM 
NUSYUZ

Nusyuz, derhaka atau ingkar.  Dalam konteks kekeluargaan Islam, istilah ini merujuk kepada isteri atau suami yang menderhaka atau ingkar terhadap pasangan masing-masing tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.

.
AGAMAKonsep
MISA MELAYU

MISA Melayu, karya sastera sejarah Melayu tradisional.  Misa Melayu telah dikarang oleh Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid pada abad ke-18.  Satu versi hikayat ini yang dikaji oleh Wintedt mencatat tahun 1252 H. Bersamaan 1836 M. Misa Melayu memulakan perceritaan tentang sejarah negeri Perak dengan pemerintahan Almarhum Jalilullah.  Pengarang banyak menumpukan perceritaan pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.  Sultan Muzaffar Shah bersemayam di Kuala Kangsar sementara adindanya, Sultan Muhammad Syah, bersemayam di Pulau Tiga.  Untuk mengelakkan Perak daripada berpecah dua, Sultan Muzaffar Syah mengahwinkan puterinya, Raja Budak Rasul, dengan putera Sultan Muhammad Syah, Raja Muda Iskandar Syah.  Sultan Muzaffar Syah memerintah Perak dengan Iskandar Syah sebagai Raja Muda.  Sultan Muzaffar Syah memerintah dengan baik dan berjaya mematahkan rancangan Raja Halim menderhaka padanya.

SASTERAKarya

Kembali ke atas