Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ri.ta] | مندريتا

Definisi : 1. menanggung kesusahan (ke­sakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ri.ta] | مندريتا

Definisi : menanggung kesusahan (kesakitan, seksaan dll): Orang-orang miskin di luar bandar selalu hidup ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menderita

Peribahasa

Barang tergenggam jatuh terlepas.

Bermaksud :

Menderita kemalangan sehingga barang yang sudah dimiliki hilang.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berkuah air mata.Selalu menderita susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Barang tergenggam jatuh terlepas.Menderita kemalangan sehingga barang yang sudah dimiliki hilang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak anjing tersepit.Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Destar habis, kopiah luluh.Menderita kemalangan terus-menerus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dimakan kapang habis berlubang.Menderita penyakit kelamin. kapang = sejenis teritip.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Licin bagai basuh perahu.Menderita kerugian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyandang lemang hangat orang.Menderita kerana akibat perbuatan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak tahu akan kain lagi.Menderita sakit payah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar senget jangan tertiarap.Lebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pucuk layu disiram (= ditimpa) hujan.Setelah menderita barulah mendapat kesenangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas