Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.sa/] | مندسق

Definisi : berbunyi spt bunyi kertas direnyuk-renyukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.sa/] | مندسق

Definisi : 1. menolak (menyorong, men­dorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya mem­banyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, per­kara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penya­maan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentu­lah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. men­dorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.sa/] | مندسق

Definisi : 1 mengasak (menghimpit, menolak) dgn badan: Susah betul hendak masuk ke stadium apabila banyak orang yg ~ dr belakang. 2 menyuruh (menuntut, meminta) dgn sungguh-sungguh: Dia ~ saya supaya menyiapkan kerja itu secepat mungkin. 3 hampir tiba saatnya (ketika, waktu): Masanya sangat ~, saya terpaksa menyiapkan kerja itu segera. 4 menghasut; mengacum: Tentu ada orang yg ~nya, maka ia sanggup memusuhi keluarga sendiri. 5 penting (dan mesti dibuat segera); memaksa: Kita mesti menyelesaikan hal-hal yg ~ itu. 6 mempengaruhi, mendorong; memberangsangkan: Rasa rendah diri telah ~nya supaya terus memencilkan diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendesak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELAKSANAAN SPESIFIKSalah satu remedi bagi perlanggaran kontrak yang bertujuan mendesak agar kewajipan sesuatu kontrak dipenuhi.UNDANG-UNDANGKonsep
POPULISME

Populisme ialah pergerakan politik Amerika

yang mencapai puncak kekuatannya pada tahun

1890-an. Populis ini mendesak supaya kerajaan

menambah penawaran wang, memperketatkan

peraturan kerajaan terhadap perniagaan, dan

perubahan lain yang dipercayai boleh membantu

golongan petani dan buruh. Selain itu, mereka juga

melaungkan pembaharuan untuk meningkatkan

kuasa politik pengundi. Ramai pemimpin

pergerakan ini terdiri daripada tokoh pelbagai

warna kulit yang meniupkan keresahan di kalangan

orang ramai dengan ucapan yang membangkitkan

semangat.

UMUM 
MARAT, JEAN PAUL

Marat, Jean Paul (1743–1793) ialah pemimpin

radikal Revolusi Perancis. Dia menambahkan

kekejaman revolusi tersebut dengan mendesak

supaya penentang revolusi dibunuh.

UMUM 
MAHAVIRA

Mahavira (599?–527? S.M.) ialah guru agama

Jainisme. Dia tinggal di India. Para pengikutnya

percaya bahawa dia ialah anggota ke-24 daripada

jurai guru yang agung. Mahavira menganjurkan

sikap tidak berkeras dan mendesak para

pengikutnya menunjukkan belas kasihan kepada

semua makhluk, dan menjadi vegetarian supaya

haiwan tidak dibunuh untuk makanan.

UMUM 
PERSEKUTUAN AUSTRALIA

Persekutuan Australia terbentuk dari tahun

1901, apabila keenam-enam tanah jajahan Australia

menjadi negeri-negeri Komanwel Australia.

Sebelum tahun 1889, beberapa kaedah

penggabungan tanah jajahan tersebut telah dicuba,

tetapi gagal. Pada tahun tersebut, Sir Henry Parkes,

perdana menteri New South Wales, mendesak

para penjajah tersebut supaya membentuk sebuah

kerajaan pusat. Pada tahun 1890-an, banyak

percubaan untuk membentuk sebuah persekutuan

menemui kegagalan. Para perwakilan jajahan

tersebut bersidang pada tahun 1891, 1893, 1898,

dan 1899. Pada tahun 1899, sebuah jawatankuasa

penggubal merangka Perlembagaan Persekutuan

dan penduduk Australia mengundi untuk

membentuk sebuah persekutuan. Duke of York,

kemudian bergelar Raja George V,

mengisytiharkan Komanwel Australia pada

1 Januari 1901.

UMUM 
SINN FÉIN

Sinn Féin ialah parti politik nasionalis yang

memainkan peranan penting dalam usaha

memperjuangkan Republik Ireland yang merdeka.

Dalam perkataan Gaelik, ia bermaksud kita sendiri.

Wartawan Ireland, Authur Griffith, membentuk Sinn

Féin sebagai Persatuan Nasionalis Ireland pada

tahun 1905. Pada masa itu Ireland adalah sebahagian

daripada Great Britain. Sinn Féin mendesak orang

Ireland supaya tidak membayar cukai, membantu

Parlimen British, pasukan tentera atau mematuhi

perintah Mahkamah British.

UMUM 
VICTORIA INSTITUTION

VICTORIA INSTITUTION, sekolah menengah yang tertua di Kuala Lumpur.  Victoria Institution atau Sekolah Menengah Victoria ditubuhkan hasil daripada kesedaran beberapa orang kenamaan seperti Yap Kwan Seng, Loke Yew dan Thamboosamy Pillay tentang perlunya pendidikan untuk anak-anak watan di negeri Selangor.  Mereka telah mendesak W.H. Treacher, Residen British Selangor, agar lebihan wang kutipan sempena sambutan Jubli Emas Ratu Victoria pada tahun 1887 digunakan untuk tujuan tersebut.  Cadangan mereka disambut baik oleh Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral, tetapi wang kutipan berjumlah $3,188 itu tidak mencukupi.  Derma kedua dilancarkan lalu berjaya mengumpul sebanyak $10,753 dan kerajaan Selangor pula memperuntukkan sebanyak $7,000.  Sultan Abdul Samad turut menyumbang sebanyak $1,100.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, universiti pertama khusus untuk bidang sains dan teknologi.  Sejarah awal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula dengan pembukaan Sekolah Teknik pada tahun 1904.  Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti jalan kereta lembu dan jalan kereta api yang menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar pesisiran Selat Melaka seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban.  Oleh itu, bagi menampung keperluan yang mendesak ini sebuah sekolah teknik amat diperlukan.  Sebuah dana permulaan yang berjumlah $300 000 daripada seorang dermawan telah diwujudkan pada tahun 1904 untuk tujuan pembinaan sekolah tersebut di Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas