Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.sa/] | مندسق

Definisi : berbunyi spt bunyi kertas direnyuk-renyukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.sa/] | مندسق

Definisi : 1. menolak (menyorong, men­dorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya mem­banyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, per­kara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penya­maan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentu­lah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. men­dorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.sa/] | مندسق

Definisi : 1 mengasak (menghimpit, menolak) dgn badan: Susah betul hendak masuk ke stadium apabila banyak orang yg ~ dr belakang. 2 menyuruh (menuntut, meminta) dgn sungguh-sungguh: Dia ~ saya supaya menyiapkan kerja itu secepat mungkin. 3 hampir tiba saatnya (ketika, waktu): Masanya sangat ~, saya terpaksa menyiapkan kerja itu segera. 4 menghasut; mengacum: Tentu ada orang yg ~nya, maka ia sanggup memusuhi keluarga sendiri. 5 penting (dan mesti dibuat segera); memaksa: Kita mesti menyelesaikan hal-hal yg ~ itu. 6 mempengaruhi, mendorong; memberangsangkan: Rasa rendah diri telah ~nya supaya terus memencilkan diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendesak


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
8/08 11:50:49 AM 696 U U-tubing (tetiub U) Tindakan bendalir mengalir di dalam tiub yang berbentuk U. Di dalam tiub ini, bendalir yang lebih berat akan mendesak bendalir yang lebih ringan. Con- tohnya, semasa mengatasi semburan keluar atau melakukan pembunuhan te- laga, lumpur yang lebih berat akan mendesak lumpur yang lebih ringan yang telah berada di dalam rentetan paip gerudi dan anulus supaya turun ke bawah rentetan paip gerudi dan keluar ke anulus untuk mengalir ke permukaan me

Kembali ke atas