Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.diag.no.sis] | مندياݢنوسيس

Definisi : mengenal pasti sesuatu pe­nyakit drpd tanda dan gejalanya, membuat diagnosis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.diag.no.sis] | مندياݢنوسيس

Definisi : mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya; membuat diagnosis: Doktor ~ penyakit yg menjangkiti kanak-kanak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendiagnosis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERGIGIAN

Pergigian ialah seni dan sains mendiagnosis,

merawat, dan mencegah penyakit-penyakit gigi,

rahang, dan tisu lembut di sekeliling mulut. Doktor

pergigian menjaga pesakit mereka dalam banyak

cara, terutamanya melalui kemahiran mereka

mengenal, membetulkan, dan mencegah masalah

gigi dan tisu yang menyokong gigi. Doktor

pergigian juga boleh mengambil peranan sebagai

ahli kesihatan pergigian. Misalnya, mereka boleh

mencadangkan cara yang betul untuk memberus

gigi supaya gigi sihat.

UMUM 
OPTOMETRI

Optometri ialah profesion yang berkaitan

dengan penjagaan penglihatan. Ahli optometri

memeriksa kesihatan mata dan penglihatan.

Mereka mendiagnosis masalah penglihatan yang

menjejaskan keupayaan seseorang untuk melihat

objek yang dekat dan jauh dengan jelas dan untuk

mengagak jarak. Mereka juga menguji keupayaan

mata untuk bekerja bersama dan untuk mengubah

fokus dengan mudah. Ahli optometri

mempreskripsikan kaca mata dan kanta sentuh

untuk membetulkan penglihatan yang rosak.

Mereka juga boleh mengesyorkan program terapi

penglihatan untuk membantu seseorang

mengatasi masalah penglihatan tertentu. Jika ahli

optometri mendiagnosis gejala yang

menunjukkan penyakit pada mata atau mana-mana

bahagian badan yang lain, orang berkenaan

dirujuk kepada doktor.

UMUM 
ELEKTROKARDIOGRAF

Elektrokardiograf ialah alat yang digunakan

untuk mendiagnosis gangguan jantung. Setiap kali

jantung berdenyut, arus elektrik akan terhasil. Arus

ini bertanggungjawab terhadap kadar dan pola

pengembangan dan penguncupan jantung.

UMUM 
OFTALMOSKOP

Oftalmoskop ialah alat optik untuk memeriksa

bahagian dalam mata. Ahli oftalmologi dan ahli

optik boleh mendiagnosis banyak keadaan mata

dengan menggunakan oftalmoskop untuk

memeriksa ketaknormalan dalam mata.

UMUM 
SPIROMETER

Spirometer ialah alat untuk mengukur amaun

udara apabila seseorang bernafas. Doktor

menggunakan spirometer terutamanya untuk

mendiagnosis gangguan pernafasan tertentu dan

untuk menilai rawatan.

UMUM 

Kembali ke atas