Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.dia.mi] | منديامي

Definisi : , mengediami ark bertempat tinggal di, berumah di, menduduki: mulai drpd tarikh itu, bandar Brunei telah menjadi bandar yg didiami oleh orang Jepun sahaja; tidak ada siapa yg sanggup ~ rumah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.dia.mi] | منديامي

Definisi : tidak menegur (menyapa dll), memulau: kami diami sahaja orang-orang yg membelot kpd persatuan kami; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.dia.mi] | منديامي

Definisi : berumah di; bertempat tinggal di; menghuni: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendiami


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mendiami di TmanXXX yang serba mewah. Apa lagi yang dimahukan selain semua itu? Betulkah struktur ayat ini?Mendiami di TamanXXX yang serba mewah. Apa lagi yang dimahukan selain semua itu? - dibetulkan menjadi - Mendiami Taman XXX yang serba mewah. Apa lagi yang dimahukannya selain semua itu?Tatabahasa25.06.2008
Leong Yun Kui Jul 2nd, 6:09pm Saya seorang guru bahasa. Akhir-akhir ini kami berasa keliru dengan beberapa contoh ayat songsang yang diterangkan dalam Buku Tatabahasa dewan Jilid terbaharu. Ayat Biasa: Saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu pada masa dahulu. AYat Songsang: Pada masa dahulu, saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu. (Adakah ini ayat songsang? Saya berpendapat ayat ini hanya mengalami pendepanan salah satu daripada frasa keterangan dalam bahagian predikat. Namun, struktur ayatnya masih jelas bersusunan subjek di depan dan predikat masih berada di belakang. Saya berpendapat sepatutnya..ayat songsangnya sepatutnya ..Pernah mendiami perkampungan orang asli itu saya pada masa dahulu. Harap balas..1. Pernah mendiami perkampungan orang asli itu, pada masa dahulu, saya. Ayat songsang seluruh. 2. Pernah mendiami perkampungan orang asli itu, saya, pada masa dahulu. Ayat songsang sebahagian (mendahulukan kata kerja). 3. Pada masa dahulu, saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu. Ayat songsang sebahagian (mendahulukan keterangan).Tatabahasa02.08.2015
Kedaifan penduduk-penduduk yang mendiami kawasan itu mendapat perhatian daripada wakil rakyat. Saya berpendapat 'penduduk-penduduk' betul. Apa pendapat tuan?Penduduk bermaksud orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll). Oleh itu, perkataan penduduk dalam ayat tersebut tidak perlu digandakan. Ayat yang betul ialah 'Kedaifan penduduk yang mendiami kawasan itu mendapat perhatian daripada wakil rakyat.'Tatabahasa30.08.2007
Assalamualaikum, Bahasa TETAW itu bahasa apa ya? Saya lihat dalam PRPM ada terakam kata-kata yang berasal daripada bahasa tersebut.Bahasa Tetaw dituturkan oleh etnik Tetaw yang mendiami kawasan Tatau di Bintulu, Sarawak.Penyelidikan04.04.2017
Apakah perbezaan penggunaan kata 'Negara' dan 'Kebangsaan'?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kebangsaan bermaksd yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan, nasional: semangat kebangsaan; dipilih untuk melambangkan keperibadian sesebuah negara seperti bahasa, pakaian, dan sebagainya: pakaian kebangsaan; bunga kebangsaan; bahasa kebangsaan; yang dicipta khas untuk dinyanyikan sebagai menyatakan taat setia kepada negara: lagu kebangsaan.

Negara pula bemaksud kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan. Selain itu, bermaksud sesuatu kawasan yang didiami oleh masyarakat tersebut.

Makna09.01.2020
Mohon untuk mendapat kepastian, adakah benar perkataan 'mlayu' bukannya kaum melayu, mempunyai definisi lari/ mengembara sepertimana mengikut terjemahan google? Mungkin perkataan ini boleh disalah erti kerana mempunyai persamaan dengan 'melayu' untuk digunakan dalam penulisan, tetapi bolehkah digunakan dalam percakapan harian? Terima kasih.Untuk makluman, Kamus Dewan Edisi Ke-4 memberi definisi Melayu sebagai:

1. Nama asal bangsa yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya.
2. Nama suku bangsa, terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu.

Sehubungan dengan itu, pihak kami hanya merujuk definisi tersebut  untuk tujuan rasmi, termasuk dalam penulisan. Berkenaan maksud yang terdapat dalam google dan juga percakapan harian, itu di luar kawalan pihak kami.
Makna19.12.2015
Adakah perkataan ' kongsi' di iktiraf olih DBP? Perkataan ini dipakai dengan luas.

Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah kata ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membuat rujukan.

Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat  
Definisi Kongsi: 1. persekutuan (pergabungan) yg me­ngandungi dua orang atau lebih yg bekerja­sama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg ber­kongsi. 

Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama.

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Tatabahasa09.05.2018

Kembali ke atas