Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.diang.kan] | مندياڠکن

Definisi : memanaskan (badan, tangan, dll) dekat api: kata Thomas sambil menggesel dan ~nya dekat api; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendiangkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mendiangkanmemanaskan (badan, tangan, dll) dekat api: kata Thomas sambil menggesel dan ~nya dekat api;Kamus Dewan Edisi Keempat
memanggang1. memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api: ~ ikan; 2. Mn membakar: maka berkedut-kedut yg hitam dipanggang cahaya matahari; dipanggang tiada hangus prb beberapa kali menempuh kesusahan (bahaya) tetapi selamat; terlampau panggang jadi hangus prb terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
panggangyg dimasak (dipanaskan, didingin­kan) di atas bara api: ayam ~; ikan ~; pulut ~; ~ peringgi baru hendak masak (padi dll); jauh ~ dr api prb tidak kena atau jauh drpd yg dimaksudkan; memanggang 1. memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api: ~ ikan; 2. Mn membakar: maka berkedut-kedut yg hitam dipanggang cahaya matahari; dipanggang tiada hangus prb beberapa kali menempuh kesusahan (bahaya) tetapi selamat; terlampau panggang jadi hangus prb terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya; panggangan 1. bahan yg dipanggang; 2. hasil memanggang; pemanggangan perihal (proses atau per­buatan) memanggang; pemanggang alat (penyepit) yg digunakan utk memanggang.Kamus Dewan Edisi Keempat
diang; berdiang berada dekat api (unggun api, dapur) utk memanaskan badan: di musim sejuk begini kami tidak banyak keluar tetapi ~ di rumah sahaja; ~ di abu dingin prb pertolongan yg sia-sia (tidak berguna); sambil ~ nasi masak prb sekali membuat sesuatu pekerjaan, dua tiga maksud tercapai; mendiang memanaskan atau memasak se­suatu dgn meletakkannya dekat dgn api: pagi-pagi lagi kelihatan budak dua beradik itu ~ ikan di tepi sungai; bagai pucuk pisang didiang prb lemah sekali (tidak bertenaga) kerana sakit dll; mendiangkan memanaskan (badan, tangan, dll) dekat api: kata Thomas sambil menggesel dan ~nya dekat api; pendiangan tempat berdiang, (dapur jingkir) utk berdiang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas