Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.di.di/] | منديديق

Definisi : menjaga (memelihara dsb) dan melatih (mengajar dll) baik-baik: ~ kanak-kanak bukan satu perkara yg boleh di­pandang ringan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.di.di/] | منديديق

Definisi : menjaga dan mengajar (melatih dll) baik-baik: Ibu bapa harus ~ anak-anak mereka sejak kecl lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendidik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan mentarbiah hati??Mentarbiah bermaksud mendidik, mentarbiah hati ialah mendidik jiwa.Makna21.11.2012
Tugas kita ialah membimbing Dan mendidik pelajar. Kata membimbing Dan mendidik frasa Nama atau frasa kerjaPerkataan membimbing dan mendidik ialah kata kerja.Tatabahasa30.07.2015
Soalan pertama: Mana satu yang betul? Sebabnya? a. Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ialah… b. Peranan ibu bapa dalam usaha mendidik anak-anak ialah… Soalan kedua: Adakah “untuk mendidik”, “untuk melatih” dan “untuk memberikan pengajaran” itu betul? Bukankah “untuk” ialah kata sendi yang perlu diikuti oleh kata nama? Jika betul, alasannya? Jika salah, alasan dan pembetulannya?1. Frasa yang gramatis ialah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ialah...

2. Untuk makluman tuan, selain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Tuan boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 253 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa10.08.2014
Saya ingin kepastian tentang ayat di bawah ini. Yang mana penggunaan kata hubung yang betul? 1 Mendidik anak biarlah daripada kecil. 2 Mendidik anak biarlah dari kecil.Ayat yang gramatis ialah "mendidik anak biarlah daripada kecil".Tatabahasa17.08.2013
Jawapan ini saya peroleh daripada pertanyaan yang lepas: "Frasa yang gramatis ialah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ialah..." Mengapakah frasa "Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ialah..." itu gramatis? Bukankah "dalam" perlu diikuti oleh kata nama memandangkan "dalam" merupakan kata sendi?Frasa yang betul ialah "Peranan ibu bapa dalam usaha mendidik anak-anak ialah...". Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa13.08.2014
Mohon jelaskan maksud 'pelajaran' dan 'pendidikan'Pelajaran bermaksud: 1. segala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yang diperoleh); 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan); 3. yang berkaitan dengan pengajaran ilmu pengetahuan. Manakala, pendidikan bermaksud: 1. perihal mendidik: 2. ilmu pendidikan, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik; 3. didikan, latihan, ajaran.Lain-lain09.12.2016
DBP, BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A)kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ATAUPUN (B)kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Apakah perbezaan antara KESILAPAN dengan KESALAHAN?Kedua-dua ayat (A) dan (B) betul. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna silap ialah tidak salah, tidak disengajakan; manakala makna salah ialah tidak benar, tidak betul. Kesilapan ialah salah yang tidak disengajakan ataupun khilaf. Kesalahan dimaksudkan sebagai tidak benar, tidak tepat, tidak betul, menyalahi hukum. Makna10.06.2011
Peranan ibu bapa "dalam" usaha mendidik anak-anak... Apakah golongan dan jenis kata bagi perkataan "dalam"?Perkataan ‘dalam’ dalam ayat Peranan ibu bapa "dalam" usaha mendidik anak-anak... ialah kata sendi nama. Kata sendi nama dalam digunakan di hadapan frasa sendi nama yang membawa pengertian ‘lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, peristiwa, hal, dan sebagainya’.Tatabahasa14.08.2014
Betulkah penggunaan perktataan atasi dalam ayat ini? Pihak berkuasa harus atasi masalah ini dengan mendidik masyarakat tentang penggunaan tong kitar semula dengan betul.Ayat yang betul ialah " Pihak berkuasa hendaklah mengatasi masalah ini dengan mendidik masyarakat tentang penggunaan tong kitar semula dengan betul."Lain-lain05.07.2022
Difinisi: 1. Kualiti 2. Pendidik 3. Pendidikan 4. Dedikasi 5. Sahsiah.Kualiti ialah darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu. Pendidik bermakna orang yg mendidik, guru. Pendidikan ialah perihal mendidik. Dedikasi bermakna pengabdian diri, masa. Sahsiah keperibadian, peribadi. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna20.09.2008
123456

Kembali ke atas