Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.di.ri.kan] | منديريکن

Definisi : 1. menjadikan berdiri, me­negakkan: tiang gol di padang sekolah kami telah pun didirikan pagi tadi; 2. membina (rumah, bangunan, dsb), membangunkan: penduduk di situ bekerjasama ~ surau di kampung itu; 3. menubuhkan (persatuan, perkumpulan, dll): penduduk kampung kami sebulat suara bersetuju utk ~ sebuah kedai syarikat; ~ rumahtangga berkahwin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.di.ri.kan] | منديريکن

Definisi : 1 menjadikan atau membuat supaya berdiri; menegakkan: Ia telah ~ tiang pagar yg condong itu. 2 membangunkan atau membina (rumah, bangunan dll): Ia sudah ~ sebuah rumah batu. 3 menubuhkan sesuatu perkumpulan (persatuan dll): Mereka berusaha ~ syarikat kerjasama di kampung-kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendirikan

Peribahasa

Menegakkan sumpit tak berisi.

Bermaksud :

Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mendirikan [= menegakkan] benang basah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
orang pangkal[o.ÄAN pAN.kAl] keluarga terdekat yang bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis perkahwinan seperti mendirikan khemah, dan lain-lain.Aku ni orang pangkal memang le sebok.[A.ku ni o.ÄAN pAN.kAl m«.mAN l« se.bo/]Aku ini keluarga terdekat, memanglah sibuk.

Kembali ke atas