Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.di.ri.kan] | منديريکن

Definisi : 1. menjadikan berdiri, me­negakkan: tiang gol di padang sekolah kami telah pun didirikan pagi tadi; 2. membina (rumah, bangunan, dsb), membangunkan: penduduk di situ bekerjasama ~ surau di kampung itu; 3. menubuhkan (persatuan, perkumpulan, dll): penduduk kampung kami sebulat suara bersetuju utk ~ sebuah kedai syarikat; ~ rumahtangga berkahwin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.di.ri.kan] | منديريکن

Definisi : 1 menjadikan atau membuat supaya berdiri; menegakkan: Ia telah ~ tiang pagar yg condong itu. 2 membangunkan atau membina (rumah, bangunan dll): Ia sudah ~ sebuah rumah batu. 3 menubuhkan sesuatu perkumpulan (persatuan dll): Mereka berusaha ~ syarikat kerjasama di kampung-kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendirikan

Peribahasa

Menegakkan sumpit tak berisi.

Bermaksud :

Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mendirikan [= menegakkan] benang basah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Kamus Sains.indb 365 7/8/08 11:49:22 AM 366 jejari yang sama dengan sfera. Banding small circle. (MAT) green belt (jalur hijau) Kawasan tertentu yang tidak dibenarkan mendirikan bangunan atau rumah. Kawasan ini diwujudkan untuk memisahkan kawasan perindustrian dengan kawasan perumahan. Contohnya, Bukit Nanas dan Taman Tasik Perdana merupakan jalur hijau di Kuala Lumpur. (BIO) green sulphur bacteria

Kembali ke atas