Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.di.si.plin.kan] | منديسيڤلينکن

Definisi : membuat supaya ber­disiplin: ibu bapa dan guru-guru ber­tanggungjawab ~ kanak-kanak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.di.si.plin.kan] | منديسيڤلينکن

Definisi : melatih atau membuat seseorang supaya berdisiplin: Dia pandai ~ kanak-kanak yg nakal itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendisiplinkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antidumping agreementperjanjian antilambakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian dalam sistem Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang mendisiplinkan langkah antilambakan. Perjanjian ini memperuntukkan peraturan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh negara anggota WTO jika mahu mengambil langkah antilambakan terhadap import. Perjanjian antilambakan melaksanakan Perkara VI GATT yang mencela aktiviti lambakan sekiranya lambakan memudaratkan pengeluar tempatan di negara pengimport. Perjanjian antilambakan membenarkan negara pengimport mengenakan duti lambakan terhadap import pada kadar yang sama dengan margin lambakan. Perjanjian antilambakan pada asalnya dikenali sebagai kod antilambakan, dirundingkan buat kali pertama dalam Rundingan Pusingan Kennedy dan dimuktamadkan pada tahun 1967. Pada tahun 1980, kod antilambakan ditukar nama kepada perjanjian antilambakan. Perjanjian antilambakan dilampirkan kepada GATT dan menjadi sebahagian daripada sistem WTO. Lihat juga langkah antilambakan.

Kembali ke atas