Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.do.ku.men.kan] | مندوکومنکن

Definisi : 1. mencatatkan sesuatu sbg dokumen: negara akan beruntung jika akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu; 2. membuktikan (menunjuk­kan) dgn dokumen, memberi maklumat berupa dokumen utk menerangkan atau membukti­kan sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.do.ku.men.kan] | مندوکومنکن

Definisi : mencatat atau merekodkan sesuatu sbg dokumen: Akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendokumenkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Independent Ethics Committee (IEC)Jawatankuasa Etika Bebas (IEC)HerbaPeraturan dan PemasaranBadan bebas pada peringkat institusi atau kebangsaan yang bertanggungjawab untuk memastikan perlindungan hak, keselamatan dan kesejahteraan subjek manusia yang terlibat dalam ujian klinikal dan memberi jaminan kepada orang ramai mengenai perlindungan ini. Jawatankuasa Etika Bebas terdiri daripada ahli profesional perubatan atau ahli sains sahaja. Jawatankuasa ini bertindak menilai dan mengesahkan protokol ujian klinikal, kesesuaian penyelidik, kemudahan, kaedah dan bahan yang digunakan untuk mendapatkan dan mendokumenkan persetujuan termaklum yang diperoleh daripada subjek ujian klinikal.

Kembali ke atas