Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.du.du.ki]/[men.du.du/.ki] | مندودوقي

Definisi : 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: bebe­ra­pa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak di­duduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penye­rangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ pe­pe­riksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati se­seorang: pe­muda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.du.du.ki]/[men.du.du/.ki] | مندودوقي

Definisi : 1 duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2 bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3 memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian: Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4 mendapat; menempati: Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5 menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menakluk: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menduduki


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya akan menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Bolehkah saya tanya soalan dalam format PMR? Soalan : Ayat berikut mungkin salah mungkin betul. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. (A)Berguni-guni kampit pasir diletakkan di (B)persisiran pantai untuk menghalang (C)hakisan ombak. (D)Tiada kesalahan. Jawapan yang saya tanda ialah 'D'. Jwapan yang diberi oleh buku latih tubi ini ialah 'B'. Adakah jawapan buku salah. Jika tidak salah,mengapakah perkataan 'persisiran' tidak boleh digunakan?Jawapan saudara adalah betul kerana tiada kesalahan dalam ayat tersebut. Kata persisiran boleh digunakan untuk merujuk daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai.Tatabahasa15.07.2011
Salam, benarkah penggunaan "justeru" dalam ayat ini "Saim akan menduduki UPSR, justeru dia membuat persiapan yang rapi." Sekian, terima kasih.Justeru membawa dua makna, iaitu i: Justeru bernakna kebetulan, tepat, kena benar; dan ii: malahan, bahkan. Penggunaan yang tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "oleh Itu". Saim akan menduduki UPSR pada bulan September ini. Oleh itu, dia perlu membuat persiapan yang rapi.Tatabahasa17.05.2013
Assalamualaikum.saya seorang akan menduduki SPM tahun ini.bagaimana saya boleh tahu perkataan pada ejaan yang betul.contohnya:keretapi/kereta api,samada/sama adaSalam, ejaan yang betul ialah kereta api dan sama ada. Tuan/Puan boleh rujuk melalui  http://prpm.dbp.gov.my/Default.aspx (Pusat Rujukan Persuratan Melayu) untuk menyemak ejaan yang betul.Ejaan06.01.2015
tuan, 1. pemuda itu begitu gigih untuk menduduki peperiksaan walaupun telah gagal beberapa kali.( apakah kesalahan yang ditemui? saya tak faham kerana buku mengatakan bahawa ayat ini salah) 2. badannya yang gempal menjadi kering setelah mengidap penyakit asma.(saya berasa ayat ini salah tetapi buku pula mengatakan betul?) terima kasihPendapat saudara betul kerana ayat pertama tidak mengandungi kesalahan, manakala dalam ayat kedua terdapat kesalahan penggunaan kata kering. Kering bermaksud tidak berair atau tidak basah dan makna kata kering yang lain juga tidak tepat dari semantiknya untuk ayat berkenaan.Tatabahasa24.07.2011
Selamat Pagi Puan. Saya seorang ibu dan anak saya akan menduduki peperiksaan UPSR tahun 2016. Saya ingin mohon bantuan untuk semakan ayat-ayat yang dibuat oleh anak saya. Saya tidak menghantar anak saya kekelas tambahan dan sering mengalami masalah untuk membuat semakan keats ayat-ayat dibuatnya. dimanakah saluran yang betul untuk saya bagi membuat semakan ayat-ayat dibuat oleh anak saya?Kami tidak menyediakan perkhidmatan secara tekal lebih-lebih lagi untuk tujuan peperiksaan. Ada pertanyaan yang boleh kami bantu, seperti pertanyaan tentang ayat secara umum dan jika berkaitan dengan peperiksaan kami mencadangkan tuan bertanya terus kepada pihak guru yang sememangnya lebih arif dalam hal berkenaan.Lain-lain25.11.2015
Contract cheating dalam bidang akademik bermaksud mengupah pihak ketiga untuk menyiapkan tugasan atau menduduki peperiksaan untuk mendapatkan kreditasi dalam akademik individu. Maka, cadangan penggunaan ‘penipuan kontrak’ masih membawa maksud yang dinyatakan seperti di atas? Yang ikhlas, Wong Ley KoonKami mencadangkan "contract cheating" diterjemahkan sebagai "penipuan kontrak" atau "perdayaan kontrak". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah21.02.2022
Apakah makna Intifada?Intifadah (perkataan Arab) bermaksud kebangkitan penduduk Palestin untuk menentang orang Israel yang menduduki Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, yang bermula pada tahun 1987.Makna28.07.2006
Saya menghadapi masalah untuk menguasai bahasa malysia dengan baik .Dalam masa yang sama pihak majikan minta pada saya untuk menduduki pepiriksaan julai 2009 .Seandainya saya gaga mendapat kepujiaan maka saya akan diberhentikan kerja.! Untuk itu saya meminta nasihat D.B.P bagaimana nak kuasai bahasa malysia dan tolong tunjuk tempat yang bagus untuk belajar bahasa malaysia? sekian terima kasihUntuk belajar apa pun bahasa di dunia termasuk bahasa Malaysia memerlukan ketekunan, sentiasa meneliti nota/pedoman, dan sering bercakap menggunakan bahasa Malaysia yang betul. Sila hubungi Institut Bahasa Melayu Malaysia di Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus jangka pendek (jika ada) yang boleh saudara ikut serta.Lain-lain02.01.2009
Amir Azizi TUES 18:53 Asalamaualaikum Asalamualaikum Apa yang dimaksudkan dengan negara Mohon penjelasanSalam, Negara bermaksud 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentuMakna29.11.2016
Ayat berikut yang manakah betul. I Kalau ada mada yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya. II Hamdan berasa lega setelah selesai menduduki UPSR. III Dapur rumah saya lega kerana baru di sambung. I Surihani lebih tinggi daripada Shafiqah. II Kita jangan sekali menghina orang yang miskin. III Kehijauan pepohon itu menyegarkan pandangan.

Semua ayat dikemukakan betul kecuali dua yang telah dibetulkan seperti yang berikut:

I Kalau ada masa yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya.
III Dapur rumah saya lega kerana baharu diubah suai.
II Kita jangan sekali-kali menghina orang yang miskin. 
 
Sila rujuk Kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP untuk makna setiap perkataan.

Tatabahasa15.07.2014
1234

Kembali ke atas