Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.du.du.ki]/[men.du.du/.ki] | مندودوقي

Definisi : 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: bebe­ra­pa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak di­duduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penye­rangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ pe­pe­riksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati se­seorang: pe­muda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.du.du.ki]/[men.du.du/.ki] | مندودوقي

Definisi : 1 duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2 bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3 memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian: Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4 mendapat; menempati: Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5 menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menakluk: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menduduki


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
alelokimia) Berkaitan dengan pengeluaran sebatian kimia seperti feromon oleh organisma untuk mempengaruhi spesies yang lain untuk tujuan pertahanan diri atau pe- mikatan. (BIO) allelomorph (alelomorf) Satu daripada pasangan gen yang menduduki lokus yang sama pada kromo- som homolog. Gen ini mengawal sifat yang sama, tetapi mempunyai kesan yang berbeza. Sinonim allelic gene. (BIO, UBAT) allelotype (alelotip) Kekerapan alel dalam populasi membiak antafosa) Fosa atau soket sesungut pada kepala serangga. (BIO) antagonist (antagonis) 1. Otot yang bertindak secara bertentangan dengan otot lawannya, seperti antara otot fleksor dengan otot ekstensor. 2. Bahan yang menduduki sesuatu reseptor dan menghalang pengikatan ago- nis pada reseptor tersebut. Kehadiran antagonis pada reseptor sel tidak menimbulkan sebarang gerak balas. (BIO, UBAT) antarctic circle (bulatan antartik) Garis lintang 66º32ʼ S

Kembali ke atas