Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.du.du/.kan] | مندودوقکن

Definisi : 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anak­nya dan ~nya di atas ribanya; 2. men­dapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anak­anda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.du.du/.kan] | مندودوقکن

Definisi : 1 menempatkan; meletakkan: Dia ~ budak itu di atas tilam. 2 mempersilakan (menyuruh) duduk: Sultan telah ~ puteranya yg bongsu di sisinya. 3 menjadikan bersuami atau beristeri; mengahwinkan; menikahkan: Telah Tun Fatimah besar, maka hendak didudukkan oleh Bendahara Seri Maharaja dgn Tun Ali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendudukkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan mendudukkan betul?

Mengikut Kamus Dewan perkataan mendudukkan membawa makna yang berikut :   

 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya;

2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara;

3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri;

Jadi penggunaan perkataan mendudukkan tidak salah digunakan asalkan menepati maksud yang ingin disampaikan.

Tatabahasa19.06.2008
Salam, apakah kata kerja yang sesuai untuk perbuatan ibu/bapa yang meletakkan/mendudukkan anak di belakang leher (biasanya untuk menyaksikan sesuatu pertunjukan di celah-celah orang ramai)Mengikut Kamus Dewan, kata “tanggung” ada antara maknanya ‘membawa di atas bahu barang dan lain-lain yang berat-berat’. Kata ‘bawa’ boleh bersinonim dengan perkataan berikut mengikut konteks penggunaan - angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usungIstilah20.02.2014
soalan 1) pengejaan dan penulisan kata-kata yang berakhir dengan 'i', 'an' dan '-kan', serta kesalahan yang dilakukan. soalan2) apakah perbezaan antara ayat yang menggunakan tanda seru berikut: i- tolong!tolong!tolong! ii- amboi, garangnya! adakah tanda seru hanya diletakkan di hujung ayat?1. Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-i : menduduki; menjejaki. Pengejaan perkataan yang menerima akhiran -an: galakan; patukan;(membentuk kata nama). Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-kan: mengalakkan; mendudukkan ; meletakkan.  2. Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Oleh itu ayat (i) tidak betul kerana tanda seru hanya diletakkan di akhir ayat. Ejaan18.06.2008

Kembali ke atas