Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.du.kung] | مندوکوڠ

Definisi : 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan se­belah tangan lagi diletakkan di bawah ke­tiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. meng­gendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegak­kan, dsb): bahawa­sanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hen­dak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masya­rakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita men­daulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. mem­bantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. menge­mukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya; ~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal; didukung disangka orang sakit, kiranya orang ke­kenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.du.kung] | مندوکوڠ

Definisi : 1 membawa di pinggang atau di belakang: Dia ~ anaknya yg kecil dan memimpin anaknya yg besar. 2 mempunyai sesuatu matlamat dan berusaha utk mencapainya: Pertubuhan itu ~ cita-cita mempersatukan segala kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendukung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sporophoresporoforBiologiMikologiStruktur yang mendukung spora, misalnya konidiofor, himenofor, atau cabang hifa Actinoplanes yang mendukung spora.
extremistpelampauSejarahTiadaOrang yang mendukung fahaman radikal dan tidak kenal kompromi.
basidiophorebasidioforBiologiMikologiStruktur yang mendukung basidium pada kulat Basidiomycetes.
microconidiophoremikrokonidioforBiologiMikologiKonidiofor yang mendukung mikrokonidium.
urediumurediumBiologiMikologiSorus yang mendukung spora musim panas pada kulat karat dalam order Uredinales. uredinium.
pterothecapterotekaBiologiEntomologiBahagian toraks yang mendukung sayap serangga, iaitu segmen toraks kedua dan ketiga.
androphoreandroforBiologiMikologiCabang hifa yang mendukung anteridium, misalnya pada kulat Pynenomycetes tertentu.
decurrentdekurenBiologiMikologiMerujuk kepada struktur mendukung himenium yang kawaasan pelekatannya pada jasad buah mengunjur ke bahagian bawah stip.
epibasidiumepibasidiumBiologiMikologiBahagian heterbasidium yang mendukung sterigma dan dipisahkan dari hifobasidium oleh septum.
spermatiophorespermatioforBiologiMikologiHifa khusus yang mendukung spermatium.
12345

Kembali ke atas