Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.bang] | منبڠ

Definisi : memotong pokok kayu dll yg besar-besar: segala pegawai mengerahkan rakyat menebas dan ~ segala kayu-kayuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.bang] | منبڠ

Definisi : me­motong pokok dll supaya tumbang: ~ pohon kelapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebang
Kata Terbitan : menebang, penebang, penebangan,

Puisi
 

Sakit menebang kayu gerumang,
     Kayu hidup dimakan api;
Sakit menumpang kekasih orang,
     Badan hidup terasa mati.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Jika menebang menuju pangkal,
     jika melanting menuju tangkai.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
....banyak menebang pokok atau menebang banyak pokok. bukankah kata kerja transitif mesti diikuti objek.Frasa yang gramatis ialah "menebang banyak pokok". Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berpendapat bahawa kata "banyak" mempunyai dwifungsi, iaitu sebagai kata bilangan tak tentu dan sebagai kata adjektif. Apabila "banyak" berfungsi sebagai kata bilangan tak tentu, kata itu boleh hadir selepas kata "menebang" dan frasa "banyak pokok" merupakan frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja transitif.Tatabahasa05.07.2011
menebang pokok yang cenderung.. tuan, mengikut kamus, cenderung bermaksud 2 tidak tegak; condong; senget adalah ayat ini betul? bolehkah tuan kasi contoh yang sesuai untuk kegunaan cenderung dalam aspek tidak tegak. TQ

contoh ayat yang diberikan adalah betul. contoh lain ialah : meriam besi itu cenderung ke arah baruh.

Tatabahasa17.09.2011
selamat pagi...nak tanya biasa kita guna menebang pokok...tapi ada murid semasa ujian menulis memotong pokok...ada ini diterimakah?Merujuk Kamus Dewan menebang bermaksud memotong pokok kayu dan memotong juga membawa maksud mengerat. Oleh itu, menebang pokok dan memotong pokok kedua-duanya betul bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa05.07.2013
Amalan menebang haruslah diamalkan sejak kecil lagi(betul atau salah?)betulTatabahasa15.06.2011
Salam sejahtera. Apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan ini? Mohon memberi penerangan yang lanjut. Pak Ali menebang pokok petai ____ di belakang rumahnya. A usang B lapuk C uzur D tua Teima kasih.Mengikut Kamus Dewan, hutan tua merujuk pada hutan yang pokok-pokoknya sudah tua. Bermakna, perkataan tua digunakan juga untuk pokok. Maka, Pak Ali menebang pokok petai tua di belakang rumahnya.Istilah17.08.2014
tukar ayat aktif kepada pasif ayat: bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.Ayat pasif: Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya sedang ditebang oleh bapa saudara saya.Tatabahasa27.03.2012
Apakah maksud perkataan yang berikut: 1. Sasana 2. PugarPerkataan "Sasana" tiada dalam data kami. Walaubagaimanapun, pihak tuan/puan boleh merujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia untuk mendapat maksud tersebut. Manakala, Pugar bermaksud: membersihkan (menebang, membakar dsb) sesuatu kawasan utk menanam tanaman tertentu. Pugar juga membawa maksud memperbaiki atau memperelok semula, membaharui dan me­mulihkan.Makna27.09.2017
Tuan, Tolong selesaikan kekusutan ini... 1."sudahkah __________ menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?" tanya Cikgu Tan kepada murid-murid 6 Arif. a. anda b. kamu c. kalian d. awak 2. Para penduduk sedang ___________ dahan-dahan pokok di sepanjang jalan kampung itu. a. memotong B. memangkas C. menebang D. membelah. Terima kasih .Yang paling tepat ialah b. kamu.Tatabahasa27.04.2010
Tuan, Tolong selesaikan kekusutan ini... 1."sudahkah __________ menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?" tanya Cikgu Tan kepada murid-murid 6 Arif. a. anda b. kamu c. kalian d. awak 2. Para penduduk sedang ___________ dahan-dahan pokok di sepanjang jalan kampung itu. a. memotong B. memengkas C. menebang D. membelah. Terima kasih .

1. Jawapan yang betul ialah b. kamu. Seorang guru boleh menggunakan kata ganti nama diri kamu apabila bercakap dengan pelajarnya, tetapi seorang pelajar tidak boleh membahasakan seorang guru dengan panggilan kamu kerana guru merupakan orang yang dihormati dan tinggi kedudukannya dalam masyarakat.

2. Jawapan yang tepat ialah memangkas. Walau bagaimanapun, saudara telah tersalah mengeja perkataan memangkas pada jawapan B. Ejaan yang betul ialah memangkas, bukan memengkas. 

Tatabahasa27.04.2010
Assalamualaikum wbt Encik. Saya ingin mendapat kepastian berhubung ayat di bawah sama ada betul atau sebaliknya. 1) Seorang pekerja yang baik sentiasa melaksanakan/menunaikan tanggungjawabnya dengan sebaik yang mungkin. 2) Polis itu tidak berasa gentar/gerun ketika berhadapan dengan sekumpulan perompak tersebut. 3) Pak Tua menggagahkan/menguatkan diri untuk menebang pokok rambutan di hadapan rumahnya dengan sebilah kapak. 4) Zainun agak gugup/gagap ketika menyampaikan pidato di hadapan para penonton. Terima kasih.

Perkataan yang betuk bagi ayat tersebut ialah;

1. melaksanakan tanggungjawab

2. tidak berasa gerun

3. menguatkan diri

4. agak gugup.

 Harap maklum.

Tatabahasa14.07.2008
12

Kembali ke atas