Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.bat] | منبت

Definisi : menyalut (supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain): Henry ialah orang yg pertama sekali ~ dawai utk gelung magnet; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.bat] | منبت

Definisi : 1. membuat tebat pd sungai dll, membendung, mengempang; 2. membuat kolam ikan (di sungai dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.bat] | منبت

Definisi : 1 menyalut wayar elektrik supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain. 2 melapisi dgn tebat; berfungsi sbg tebat: Lemak di lapisan bawah kulit membantu ~ badan utk menahan kesejukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ne.bat] | منبت

Definisi : 1 membuat tebat di sungai dll; membendung; mengempang. 2 mem­buat kolam ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebat (kata nama)
Bersinonim dengan tambak, bendungan, empangan, alahan;,
Kata Terbitan : menebat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud diksi? Apakah maksud mengempang ?Diksi ialah pemilihan atau penggunaan kata yang tepat untuk menmgungkapkan idea secara bertulis atau lisan. Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai, dll; pemerengganan yang baik. Makna mengempang menurut Kamus Dewan; menggalangkan atau melintangkan sesuatu (misalnya dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat:Makna02.03.2009
Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. Perenggan di atas merupakan jawapan DBP berkaitan soalan saya. Saya bertanya soal fungsi, bukan soal boleh atau tidak boleh..... seperti fungsi baju untuk menutup aurat, tapi boleh juga baju untuk kesat tahi kucing..... mengapa rendah sangat standar DBP berfikir???

Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP)(DBP, 2020: 2376) tingkap bermakna 1. bukaan, biasanya berbentuk segi empat, pada dinding rumah, bangunan, kapal dan lain-lain yang boleh dibuka dan ditutup supaya cahaya matahari dan udara dapat masuk; sinonimnya ialah jendela; dan makna ke-2 ialah tetingkap. 

Terdapat pelbagai jenis tingkap, misalnya tingkap berpangsi, tingkap bulan, tingkap gelangsar dan tingkap kipas. Sila rujuk KDP dan PRPM.

Sudah pastilah fungsi bagi tingkap bergantung kepada jenisnya. Namun, secara umumnya, fungsi tingkap adalah untuk:

1) Membolehkan kemasukan cahaya semula jadi,

2) Mengadakan peredaran udara semula jadi,

3) Menebat haba dan bunyi, dan

4) Menghalang angin dan hujan.

Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun tingkap dipasang.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk pakar bidang seni bina, kesenian hiasan dalaman atau kejuruteraan bangunan. Salah satu cara mudah untuk mendapat maklumat, tuan juga boleh membuat carian di Internet dengan menaip "fungsi tingkap".

Harap dapat membantu.

Lain-lain14.10.2022

Kembali ke atas