Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.kat] | منکت

Definisi : membuat tekat, menyuji, menyu­lam: anakanda telah pandai ~ menyulam ber­bagai-bagai rupa cara-cara baru belaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.kat] | منکت

Definisi : membuat tekat; menyulam; menyuji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekat
Kata Terbitan : bertekat, menekat, tekatan,


Pantun

PantunSumberTema
Waktu pagi duduk menekat, Menekat merenda tepi kain; Malulah hati masuk ke helat, Helat jandanya jadi pengantin.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yakin menekat kainnya cantik, Sudah sepadan untuk selendang; Makin kulihat semakin asyik, Matilah badan mabuk kepayang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang menekat serta menyulam, Terlalu asyik banyak yang pening; Abang ibarat pelita padam, Sumbu pendek minyak pun kering.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Telah lama orang menekat, Membuat baju kebaya lebar; Sudah lama abang terpikat, Hendak bertemu dada berdebar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Payah sungguh orang menekat, Dibolak-balik tiada berhenti; Payah sungguh abang memikat, Jinak adik jinak merpati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau orang pandai menekat, Kain dipakai jadi menawan; Kalau sayang sudah melekat, Angin dan badai pasti kulawan. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang Tini sayamg Reduan, Tekat menekat baldu sutera; Saya di sini rindu-rinduan, Nasihat ibu membalut lara.Pantun Melayu SarawakPerantau

Kembali ke atas