Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nem.bu.si] | منمبوسي

Definisi : 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. mere­sap terus ke sebelah yg lain, melantas, merem­bes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (per­tahan­an dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nem.bu.si] | منمبوسي

Definisi : 1 masuk terus ke sebelah; menusuk sampai tembus: Besi paku sebesar ini tidak dpt ~ papan yg begitu tebal. 2 meresap terus ke sebelah; melantasi: Ada jenis cahaya yg dpt ~ benda-benda keras, spt batu. 3 (dpt) melantasi pertahanan, pasaran dll: Teh jenis itu dpt ~ pasaran antarabangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berlubang: tembuk, tebuk, bocor, bobos, bolos, lolos, toblos, tobros, bosor, pesuk,

2. Bersinonim dengan masuk terus ke: lantas ke, terus sampai ke,

3. Bersinonim dengan meresap: telap, serap, jerap, kejap,

Kata Terbitan : menembusi,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
lentisellenticelLiang yang menembusi epidermis batang atau akar. Liang ini terbina daripada longgokan sel gabus yang tersusun longgar untuk memudahkan pertukaran gas di antara udara dengan sel batang atau akar.Menengah Atas
tiub debungapollen tubeTiub yang terbentuk daripada debunga apabila debunga melekat pada stigma. Tiub ini menembusi stigma dan stil, dan terus ke ovul di dalam ovari. Tiub debunga menyalurkan gamet jantan ke dalam ovul untuk persenyawaan.Menengah Rendah
gambar sinar-XX-ray photographGambar yang menunjukkan imej dalaman sesuatu objek, biasanya bahagian tubuh, yang terhasil apabila sinar-X menembusi bahagian berkenaan. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas