Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nem.pa] | منمڤا

Definisi : 1. memukul besi dll utk dijadikan alat (pisau dll), menitik: ~ besi; 2. membuat (keris, parang, dll) drpd logam: bersusah payah ~ sebilah pisau; 3. membentuk (bata, wang, dll), mencetak: tidak boleh kerajaan negeri ~ mata wangnya sendiri; 4. ki mencipta, membuat; ~ sejarah membuat sesuatu yg baharu: Sir Samuel Greig ~ kejayaan ketika berkhidmat dgn pihak berkuasa Rusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nem.pa] | منمڤا

Definisi : 1 memukul besi dll utk dibuat perkakas (pisau dll); menitik: ~ besi. 2 membuat sesuatu alat drpd logam: ~ parang; ~ keris. 3 mencetak atau membentuk (batu bata dll). 4 mencetak (wang): Kerajaan negeri tidak boleh ~ mata wangnya sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempa (kata kerja)
Bersinonim dengan titik, pukul;,
Kata Terbitan : menempa,

Peribahasa

Pelabur habis,
     Palembang tak alah.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi). pelabur = rangsum, catu makanan atau wang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epoch-makingmenempa sejarahSejarahTiadaPerihal sesuatu yang menakjubkan berlaku sama ada tindakan, proses, kejadian dan sebagainya yang merupakan sesuatu yang menjadi ingatan sezaman.
masuhmasuhKerisTiadaProses awal menempa mata keris iaitu besi ditempa secara berulang-ulang sehingga kotoran dan kandungan karbonnya terpercik keluar.
cold forgingpenempaan sejukKesenianTiadaProses menempa bahan logam tanpa perlu memanaskannya.
coggingpemungkahanKejuruteraanTiadaPemungkahan: Proses menggelek atau menempa jongkong menjadi blum dan bilet.
smithingpertukangan logamUmumTiadaPerbuatan atau seni bekerja atau menempa logam, seperti besi ke dalam sebarang bentuk yang diperlukan.
empuempuKerisTiadaOrang yang mempunyai kepakaran dalam membuat atau menempa keris. Sin: pandai besi.
menangguhmenangguhKerisTiadaProses menunggu waktu yang sesuai dan mengkaji pengetahuan ten tang keris sebelum kerja-kerja menempa keris dijalankan.
counterblow hammertukul pukul-lawanKejuruteraanKejuruteraan MekanikPeranti yang digunakan dalam proses tempaan apabila pelantak dan landas dipacu ke arah satu sama lain atau arah berdepan dengan menggunakan udara termampat atau stim. Di hujung pelantak tersebut dipasang dengan acuan atas manakala acuan bawah pula dipasang pada landas. Dalam kes ini, bahan kerja yang terdiri daripada keluli yang boleh berubah bentuk tanpa membentuk retakan atau terpisah diletakkan di bahagian tengah tempat pelantak dan landas bertemu. Operasi menempa dengan kaedah ini boleh dilakukan secara tegak atau mendatar.

Kembali ke atas