Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah "menemui" dapat digunakan untuk objek tidak bernyawa? Maksud saya apabila kita bukan mencari objek tidak bernyawa itu, tetapi menjumpai objek tidak bernyawa itu di sesuatu tempat. Dalam keadaan ini, bolehkah "menemui" digunakan? Atau "menemukan" mesti digunakan? Contoh ayat: 1. Saya banyak menemui telefon bimbit yang canggih di kedai itu. 2. Ibu menemui sayur-sayuran di pasar itu. 3. Adik menemui sebuah kotak di biliknya. (Adik bukan mencari kotak itu dan menjumpai kotak itu, tetapi menjumpai kotak itu dalam keadaan tidak sengaja.) Saya tidak dapat berfikir apa-apa ayat lagi untuk mengungkapkan maksud "menemui" untuk objek tidak bernyawa ini. Mungkin penggunaan ini terhad, tidak produktif. Jadi jika kita sekadar menjumpai sesuatu benda, iaitu objek tidak bernyawa, adakah kita menggunakan "menemui", atau masih "menemukan"?Menemui boleh juga digunakan untuk objek tidak bernyawa.  Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1648, menemui juga sama maksud dengan menemukan dalam aspek tertentu.  Ada konteks ayat yang perkataan menemui dengan menemukan boleh ditukar ganti penggunaanya seperti menjumpai sesuatu.

Untuk ayat 1, perkataan menemui atau menemukan, kedua-duanya boleh digunakan.  Menemui pada ayat ini bermaksud mendapati.

Akan tetapi untuk ayat 2 perkataan menemui sayur-sayuran tidak sesuai digunakan.  Di situ lebih bermaksud menemui atau bertemu dengan sesiapa. Tidak mungkin ibu bertemu dengan sayur-sayuran. 

Untuk ayat 3, kedua-dua menemui dan menemukan boleh digunakan saling berganti.
Lain-lain30.11.2014
Tuan, adakah "menemui" dan "menemukan" mengikut rumus siapa dan apa? Rumus tersebut ialah: - menemui siapa? - menemukan apa? Contoh: menemui kakak dan menemukan kesalahan tatabahasa dalam buku latihan Adakah "menemukan" dapat membawa makna yang sama dengan "menemui", iaitu "menemukan" juga merujuk orang seperti frasa "menemukan ibu di pasar"? Cikgu saya mengatakan bahawa "menemui" hanya untuk orang dan "menemukan" untuk objek tidak bernyawa. Tetapi ada pengguna bahasa yang mengatakan bahawa pihak DBP berkata "menemukan" dan "menemui" sama makna melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Minta penjelasan.Menemukan bermaksud mendapat, iaitu menjumpai sesuatu yang dicari manakala menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, mengunjungi, menziarahi, melawat seseorang. Contoh:1. polis kemudiannya telah menemukan kereta yang digunakan.

Untuk ayat "menemukan ibu di pasar", sesuai apabila ayat itu bermaksud ibu sedang dicari dan akhirnya menjumpainya di pasar. 

Jika sekadar untuk berjumpa ibu di pasar, boleh digunakan ayat, "Saya ingin menemui ibu di pasar".

Sila lihat Kamus Dewan Edisi 4 untuk melihat perbezaan antara menemui dengan menemukan.

Untuk makluman tuan/puan, tidak semua kata kerja apitan men...-kan diikuti dengan objek tidak bernyawa dan apitan men...-i diikut objek bernyawa seperti yang dikatakan oleh guru tersebut.  Sila lihat buku Tatabahasa Dewan  Edisi Ketiga halaman 207.  Dalam halaman ini ada menyebut "Bagi kata kerja tertentu sahaja....."

Tatabahasa27.11.2014
saya masih kurang jelas ttg penerangan tuan... Sekiranya imbuhan apitan me...i menerima orang sbg objek manakala me....kan pula menerima objek bukan orang... maka jwpn tu spatutnya no 1... 1.Saya menemukan kucing itu di tepi longkang. Imbuhan me...kan ....objeknya bkn org. Tp tuan bg jwpn no. 2... 2. Saya menemui kucing itu di tepi longkang. imbuhan me...i yg sptutnya objeknya ialah orang.Untuk makluman tuan, lazimnya apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa dan apitan meN-...-kan menerima objek tidak bernyawa. Kekeliruan di sini ialah penggunaan frasa "objek orang" dan "objek bukan orang" mengambil tempat "objek bernyawa" dan "objek tidak bernyawa" Oleh itu, ayat "saya menemui kucing itu di tepi longkang" betul. Perlu diingat rumus ini tidak terpakai untuk semua keadaan kerana apitan meN-...-kan dan meN-...-i dapat dibahagiakan kepada tiga. Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207.Tatabahasa17.04.2014
1. Apakah perbezaan antara "menemui"dengan "menemukan"?Saya sering terkeliru oleh kedua-dua perkataan tersebut?Bagaimanakah pula saya hendak mengaplikasikan perkataan ini dalam suatu ayat? 2. Selepas perkataan "terpesona", haruskah saya letakkan perkataan "oleh" atau "dengan'?atau pilihan lain? Adakah peraturan ini digunakan pada semua perkataan yang mempunyai imbuhan awalan "ter-.."? Terima kasih..(",)

1. Kata kerja menemui membawa banyak makna antaranya ialah "bertemu dengan", seperti dalam contoh ayat  "Aku pergi menemui seorang guru pelatih", dan menemui juga boleh membawa makna yan sama dengan menemukan, iaitu "berjumpa dengan sesuatu yang dicari", seperti dalam contoh ayat "Polis kemudiannya telah menemui/menemukan kereta yang digunakan oleh perompak-perompak tersebut. 

2. Terpesona membawa maksud: 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi), 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati. kata terpesona boleh diikuti oleh atau dengan mengikut kesesuaian maknanya. Peraturan ini tidak terikat pada kata kerja yang mengandungi awalan ter-. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa, halaman 170-175.

Tatabahasa14.07.2009
Aspek makna akhiran -kan & -i Adakah ayat-ayat berikut gramatis? 1. Polis menemui kereta yang ditinggalkan penjenayah. 2. Polis menemukan kereta yang ditinggalkan penjenayah. Atas khidmat nasihat yang diberikan, didahului ucapan sesamudera terima kasih.Dalam Kamus Dewan, menemui sama makna dengan menemukan iaitu berjumpa dengan apa yang dicari. Oleh itu, ayat 1 dan ayat 2 adalah betul.Tatabahasa02.03.2009
1)Polis telah (menemui/menemukan) kereta yang dicuri oleh perompak itu. 2)Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan sebab hari hujan. Tolong beritahu saya soalan tersebut mana salah.Terima kasih.1. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
2. Ayat yang betul ialah Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan oleh sebab hari hujan.
Tatabahasa12.02.2012
SOALAN 1 MENGIKUT ENTRI Kamus Dewan: Makna MENEMUI 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: CONTOH AYAT YANG DIBERI: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut. ENTRI MENEMUKAN, MAKNA 2. memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penyelidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. KEMUSYKILAN: Adakah bererti kedua-dua kata MENEMUI / MENEMUKAN pun boleh digunakan dalam ayat ini? APAKAH BEZANYA? SOALAN 2: Kita akan dapat MENEMUIKAN persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut. BETUL ATAU SALAH? JAWAPAN DIBERI OLEH BUKU SALAH. TETAPI, BUKANKAH BOLEH dijelaskan menggunakan MENEMUKAN MAKNA ENTRI 2.? TERIMA KASIH.

Berdasarkan makna ketiga menemui iaitu sama makna dengan menemukan, berjumpa dengan apa yang dicari, ayat "Kita akan dapat menemui/menemukan (bukan menemuikan) persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut" adalah betul.

  

Tatabahasa28.06.2011
1. Pasukan penyelamat telah berjaya ( menemui / menemukan ) Ali yang tersesat di hutan. 2. Ali telah ( ditemui / ditemukan ) pasukan penyelamat.Merujuk Kamus Dewan menemui sama maksud dengan menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari. Oleh itu kedua-duanya boleh menjadi jawapan dalam ayat pertama. Merujuk rumus tatabahasa pula apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Oleh itu, kata ditemui dan ditemukan boleh menjadi jawapan bagi soalan yang kedua.Tatabahasa29.03.2011
ayat yang manakah yang betul? 1. Saya menemukan kucing itu di tepi longkang. 2. Saya menemui kucing itu di tepi longkang.Bagi membezakan penggunaan me...i dan me... kan, tuan/puan boleh menggunakan rumus, iaitu apitan me ...i perlu menerima orang sebagai objek manakala apitan me..-kan menerima objek bukan orang. Tuan boleh menggunakan kata tanya siapa dan apa bagi membezakan penggunaan yang tepat. Contohnya, menamai siapa? menamakan apa? menemui siapa? menemukan apa?

Ayat yang betul ialah ayat kedua:  Saya menemui kucing itu di tepi longkang.
Makna17.04.2014
Yang manakah betul? 1. Polis berjaya menemui barang-barang penyeludupan. 2. Polis berjaya menemukan barang-barang penyeludupan.Ayat yang betul ialah Polis berjaya menemukan barang-barang penyeludupan.Tatabahasa29.01.2016
12345

Kembali ke atas