Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.nun] | مننون

Definisi : membuat barang tenun (drpd benang, sutera, dll): di kawasan ini ada pel­bagai perusahaan spt ~ kain, memasang motokar dan membuat bateri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.nun] | مننون

Definisi : membuat kain drpd benang, kapas, sutera dll: ~ kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenun
Kata Terbitan : bertenun, menenun, tenunan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENENUN

Menenun ialah proses membuat pakaian dengan

menjalinkan dua set benang di atas dan di bawah

antara satu sama lain. Banyak kain dan kebanyakan

selimut, pakaian, serta ambal dihasilkan melalui

tenunan. Tukang tenun menggunakan benang yang

dipintal daripada gentian asli seperti kapas, sutera,

dan bulu. Gentian tiruan yang kuat termasuk nilon

dan orlon juga popular.

UMUM 
ARACHNE

Arachne ialah seorang penenun yang mahir

dalam mitologi Yunani. Dia suka bercakap besar

bahawa dia boleh menenun kain yang lebih cantik

daripada yang ditenun oleh Athena, dewi seni dan

kraf tangan. Athena menerima cabaran Arachne

untuk menyertai pertandingan menenun. Athena

menenun dewangga yang menggambarkan

manusia dihukum oleh dewa kerana keangkuhan

mereka. Karya Arachne menunjukkan kelakuan

tidak senonoh dewa dan dewi. Apabila Athena

melihat karya Arachne secantik karyanya, dia pun

mengoyakkan kain itu. Apabila Arachne cuba

menggantung dirinya, Athena berasa kasihan lalu

menukarkannya menjadi seekor lelabah.

Kemahiran Arachne masih bertahan dalam

memintal sarang oleh lelabah.

UMUM 
TEKSTIL

Tekstil secara tradisinya bermakna kain yang

ditenun. Istilah tersebut berasal daripada perkataan

Latin texere yang bermaksud menenun . Banyak

kain masih diperbuat daripada tenunan yang

menggunakan mesin tenun. Tetapi kini, kesemua

jenis kain yang lain juga dianggap sebagai tekstil.

Ia termasuk kain yang dikait, felt, kain renda, kain

brid dan kain net. Industri tekstil juga menganggap

serat dan yarn yang digunakan untuk mengeluarkan

kain sebagai tekstil.

UMUM 
KETUKANGAN DESA

Ketukangan desa di Ireland atau United

Kingdom, meliputi kegiatan tradisi yang lama

seperti menganyam, menenun, dan menyemat

atap, serta industri desa kecil yang berkembang

daripada kegiatan tersebut.

UMUM 
KAIN KARAT

KAIN KARAT, kain yang ditenun dengan ‘kek’ atau alat tenunan. ‘Karat’ dalam kelengkapan peralatan menenun ialah sejenis jentera dan kayu pemijak bagi mengangkat benang loseng dan menyilangkan benang pakan. ‘Mengarat’ bermakna mengangkat setiap lembar benang loseng bagi menghasilkan satu tenunan sama ada tenunan tabi atau twil.

BUDAYAKraf Tangan
SUZHOU

Suzhou (pend. 673 308) ialah sebuah bandar

purba di China, terkenal dengan terusan air, taman

bunga dan bangunan pagoda. Suzhou juga dieja

Su-Chou atau Soochow, terletak di dalam kawasan

pertanian yang subur di wilayah Jiangsu, di antara

Nanjing dan Shanghai. Lihat China (peta politik).

Kilang-kilang di Suzhou mengeluarkan bahan kimia

dan jentera. Pekerja kraf tangan mahir di Suzhou

mengukir batu jed dan menenun sutera.

UMUM 

Kembali ke atas