Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.pu/] | منڤوق

Definisi : memukul dgn telapak tangan (tidak berapa kuat): dia terkejut ketika isteri­nya ~ bahunya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.pu/] | منڤوق

Definisi : memukul (agak perlahan) dgn tapak tangan: Dia terkejut ketika abangnya ~ bahunya. ~ dada a. menampar dada dgn tapak tangan. b. ki membanggakan diri; menunjukkan keberanian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepuk
Kata Terbitan : bertepuk, bertepuk-tampar, menepuk,

Peribahasa

Mendebik (= menepik) mata parang (= pedang).

Bermaksud :

Menentang orang yang berkuasa. mendebik = menepuk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud ibarat menepuk air di dulangPerbuatan yang sia-sia yang memaparkan kelemahan diri sendiri.Makna10.10.2008
1. Tanda baca yang mana satu yang tepat: a) ".... kamu katakan itu." Encik Sarip berkata sambil menepuk tangannya. b) ".... kamu katakan itu," Encik Sarip berkata sambil menepuk tangannya.Jawapan yang betul ialah b.Ejaan22.08.2011
Assalaamualaikum...saya ada soalan. 1. Saya menepuk tangan di bawah pentas. 2. Saya bertepuk tangan di bawah pentas. Manakah ayat yg betul? Atau boleh diterima kedua-duanya. Harap pihak tuan dpt memberikan penjelasan. Terima kasih.Kedua-dua perkataan itu betul bergantung pada konteks penggunaannya. Jika menyatakan kegembiraan, perkataan yang betul ialah "bertepuk tangan" dan jika memukul tangan dengan perlahan, perkataan "menepuk tangan" yang sesuai digunakan. Ayat tuan tidak menjelaskan tujuan, bertepuk/menepuk tangan. Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua perkataan tersebut manfaatkan carian kata di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Tatabahasa07.04.2015
1. air sangat berguna kepada manusia. atau untuk manusia. 2. mereka sedang menepuk tangan sambil menyanyi atau bertepuk tangan sambil menanyi. 3. gantinama "nya" boleh digunakan untuk bukan manusia contoh anjing itu sedang makan daging itu. daging yang dimakannya itu sangat besar. dia membeli banyak barang antaranya ialah ...... . Terima kasih

1. Yang paling tepat ialah "air sangat berguna kepada manusia".

2. Yang paling tepat ialah "mereka bertepuk tangan sambil menyanyi".

3. Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga, oleh itu tidak boleh digunakan untuk bukan manusia. Walau bagaimanapun nya juga bermaksud oleh, iaitu yang tersebut terlebih dahulu. 

Tatabahasa10.10.2009
Merujuk kepada dua ayat berikut, yang mana betul ? (1) Lim menjert kerana tergigit kerengga. (2) Cikgu Tan menepuk bahu Bidi yang tertidur di dalam kelas itu.Ayat yang betul ialah ayat (2)Lain-lain25.07.2014
apakah maksud kecimpung dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayatPerkataan kecimpung mempunyai dua makna iaitu 1. bunyi air ditepuk-tepuk (contoh ayat: Ali  bermain dalam air sambil menepuk-nepuknya hingga berbunyi kecimpung.); 2. menceburkan diri dalam sesuatu pergerakan (kegiatan dll), giat bergerak dalam sesuatu la­pangan (usaha dll) (contoh ayat: Sudah lama beliau berkecimpung dlm lapangan drama dan persuratan.)Makna10.01.2013
Mohon penjelasan tentang penggunaan perkataan berkecimpung. Adakah sesuai untuk digunakan dalam ayat ini: Dia berkecimpung dalam kerja-kerja jenayah sejak tiga tahun lepas. atau Dia terjebak dalam kerja-kerja jenayah sejak tiga tahun lepas. Terima kasihMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud berkecimpung ialah bermain-main di dalam air sambil menepuk-nepuknya atau memasuki sesuatu pergerakan (lapangan politik, sukan dan lain-lain). Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan perkataan berkecimpung boleh digunakan dalam ayat tersebut.Makna29.04.2019

Kembali ke atas