Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ri.ma] | منريما

Definisi : 1. mengambil (mendapat, mena­dah, dll) sesuatu yg diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu per-mintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesah­kan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu (dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ..., meman­dang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll), mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus di syarikat itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ri.ma] | منريما

Definisi : 1 mengambil se­suatu yg diberikan; mendapat atau memperoleh sesuatu sbg hadiah dll: Murid-murid yg menang dlm peraduan mengarang telah ~ hadiah drpd Guru Besar. Dia ~ berbagai-bagai hadiah pd hari jadinya. 2 menyambut kedatangan tetamu atau kedatangan seseorang: Pembesar-pembesar negara sudah berkumpul di lapangan terbang utk ~ kedatangan Presiden Suharto. 3 membenarkan atau mengizinkan (seseorang) menjadi ang­gota sesuatu perkumpulan dsb: Guru Besar dgn bantuan beberapa orang Guru Penolong sibuk ~ murid-murid baru utk darjah satu. 4 bersetuju memegang sesuatu jawatan yg ditawarkan: Beliau telah ~ tawaran sbg Guru Besar di sekolah itu. 5 menyetujui sesuatu permintaan, permohonan dll; membenarkan; me­­­­lulus­kan: Ibu bapanya enggan ~ pinang­an pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,

Puisi
 

Kalau memanah burung helang,
     Bolehkah tidak dia mengena;
Kalau kakanda datang meminang,
     Adakah adinda sudi menerima?


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Yang memberi tangan di atas,
     yang menerima (= meminta) tangan di bawah.

Bermaksud :

Biasanya orang yang memberilah yang tinggi cakapnya daripada orang yang menerima.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
menerima sepak mulamenerima sepak mula (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
underwritting departmentjabatan pengunderaitaninsuransTiadaJabatan yang membuat pertimbangan sama ada untuk menerima, menolak atau menerima dengan bersyarat sesuatu risiko.
underwriting departmentjabatan penajajaminanPentadbiran PerniagaanTiadaJabatan yang membuat pertimbangan sama ada untuk menerima, menolak atau menerima dengan bersyarat sesuatu risiko.
sharing of choiceperkongsian pilihanEkonomiEkonomi IslamPersetujuan yang terbentuk apabila pihak yang terlibat mempunyai pilihan melakukan atau tidak melakukan perkongsian dan menerima atau menolak perkongsian. Contohnya, persetujuan berkongsi membeli barang, berkongsi menerima hadiah dan berkongsi menerima harta yang diwasiatkan. Sinonim syarikah ikhtiyar.
entrepreneur-borrowermudaribEkonomiEkonomi IslamPengusaha yang menerima modal daripada pemilik modal dalam perkongsian mudarabah. Mudarib berhak menerima keuntungan daripada perkongsian mengikut kadar yang dipersetujui. Sekiranya berlaku kerugian, pengusaha tidak perlu menanggung kerugian modal tetapi tidak akan menerima sebarang pendapatan daripada usahanya. Kuasa pengurusan yang dimiliki oleh mudarib tertakluk kepada syarat yang ditentukan oleh pemilik modal (sohibul mal).
receivingmenerimaSukanTiadaMenerima bola dalam keadaan pemain sedang bergerak.
taqabbulmenerima tanggungjawabPerniagaan IslamTiadaJanji untuk melaksanakan kewajipan atau pekerjaan. Contohnya, kedai jahitan yang menerima tempahan daripada pelanggan perlu melaksanakan tugas itu mengikut akad yang telah dimeterai. Dalam perniagaan, taqabbul berlaku apabila pekerja beraku janji untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya.
acceptorpenerimaKimiaTiadaAtom, ion atau molekul yang menerima pasangan elektron untuk membentuk ikatan koordinat. Misalnya, ion hidrogen menerima pasangan elektron daripada ammonia untuk membentuk radikal ammonium. H+ + NH3 ® NH4+. Bdg. penderma.
primary windingbelitan primerFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanBelitan pada transfomer yang menerima tenaga daripada suatu isyarat atau menerima kuasa arus ulang-alik daripada suatu sumber.
aphotic zonezon afotikSains MarinTiadaBahagian atau zon kedalaman lautan yang tidak menerima cahaya matahari langsung, atau hanya menerima sedikit cahaya (< 1%). Zon afotik berada di bawah dari zon fotik dan mengunjur ke bawah sehingga ke dasar lautan. Disebabkan ketiadaan cahaya, bioluminasi adalah satu-satunya sumber cahaya yang ada, dan digunakan oleh sebahagian organisma untuk mencari makanan, sebagai perlindungan dan untuk berinteraksi sesama spesies. Organisma yang agak pelik dan unik seperti sotong gergasi, isopod gergasi, ikan pemancing (Angler fish) sotong vampir dan sebagainya mendiami zon ini.
12345678910...

Kembali ke atas