Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.néu.tral.kan] | منيوترلکن

Definisi : 1. menjadikan neutral (tidak berpihak ke mana-mana), menjadikan ber­kecuali: ~ bandar Baitulmuqaddis; 2. ki menjadikan tidak berbahaya atau berbisa (racun dll), menawarkan, melunturkan (bisa dll): ~ tuduhan-tuduhan lawan; 3. (Kim) menjadikan larutan neutral (dgn menam­bahkan asid pd larutan berbes dan menam­bahkan bes kpd larutan berasid); 4. (Fiz) menjadikan sesuatu (zarah dll) tidak bercas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.néu.tral.kan] | منيوترلکن

Definisi : 1 men­jadikan tidak memihak ke mana-mana; menjadikan berkecuali. 2 ist menjadikan neutral (dgn me­nam­bahkan asid pd larutan bes atau menambahkan bes pd larutan asid). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meneutralkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANTIBODI MONOKLONAL

Antibodi monoklonal ialah jenis khusus

molekul protein yang dihasilkan di makmal.

Antibodi yang sama dihasilkan secara semula jadi

oleh sistem imun haiwan dan manusia apabila

bahan seperti bakteria dan virus, menyerang badan

asing. Antibodi boleh meneutralkan bahan ini

dengan melekat pada antigen nya. Antibodi semula

jadi dalam darah terdiri daripada campuran banyak

antibodi yang bertindak balas dengan banyak

antigen dan dengan itu menjadi pertahanan barisan

hadapan badan terhadap penyakit. Tetapi larutan

antibodi monoklonal bertindak ke atas antigen

tertentu dan ia boleh dibuat dengan banyak. Ia telah

menunjukkan harapan dalam penyelidikan

perubatan.

UMUM 
ASID

Asid ialah sebarang kumpulan sebatian kimia yang

mempunyai sifat-sifat tertentu yang sama. Larutan

asid berasa masam dan menghasilkan rasa pedih

jika terkena pada kulit. Asid melarutkan banyak

logam dan menukar warna kertas litmus biru

kepada merah. Sebatian kimia yang dinamakan bes

atau alkali meneutralkan asid.

UMUM 

Kembali ke atas