Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.néu.tral.kan] | منيوترلکن

Definisi : 1. menjadikan neutral (tidak berpihak ke mana-mana), menjadikan ber­kecuali: ~ bandar Baitulmuqaddis; 2. ki menjadikan tidak berbahaya atau berbisa (racun dll), menawarkan, melunturkan (bisa dll): ~ tuduhan-tuduhan lawan; 3. (Kim) menjadikan larutan neutral (dgn menam­bahkan asid pd larutan berbes dan menam­bahkan bes kpd larutan berasid); 4. (Fiz) menjadikan sesuatu (zarah dll) tidak bercas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.néu.tral.kan] | منيوترلکن

Definisi : 1 men­jadikan tidak memihak ke mana-mana; menjadikan berkecuali. 2 ist menjadikan neutral (dgn me­nam­bahkan asid pd larutan bes atau menambahkan bes pd larutan asid). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meneutralkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neutralizingmeneutralkan; peneutralanKejuruteraanTiadaTiada
antigonadotrophicantigonadotrofikPerubatanTiadaMeneutralkan kesan gonadotrofin khusus.
depolarizationdepolarisasiPerubatanTiadaProses meneutralkan polarisasi, iaitu pembalikan potensial rehat membran sel apabila dirangsang. Dalam keadaan begini, potensial membran mula bertukar menjadi positif berbanding dengan potensial di luar sel.
anticarcinogenantikarsinogenPerubatanTiadaBahan yang meneutralkan kesan bahan yang menyebabkan kanser
antiinsulinantiinsulinPerubatanTiadaBahan yang meneutralkan kesan insulin.
antistreptokinaseantistreptikonaseBiologiMikrobiologiAntibodi yang meneutralkan kesan enzim streptokinase, yang dirembeskan oleh bakteria kumpulan streptokokos.
antistreptolysinantistreptolisinBiologiMikrobiologiAntibodi yang meneutralkan streptolisin yang dirembeskan oleh bakteria kumpulan streptokokus hemolisis A.
antithrombinantitrombinPerubatanTiadaAgen yang meneutralkan tindakan trombin, dan seterusnya menghalang penggumpalan darah.
antivenomantivenomPerubatanTiadaSerum antitoksin untuk meneutralkan venom atau bisa, terutamanya bisa ular.
antidoteantidotHerbaFitoterapiBahan yang berupaya meneutralkan atau melawan tindakan racun.
12345

Kembali ke atas