Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.da.kan] | مڠاداکن

Definisi : 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. meng­usaha­kan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), mengan­jurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.da.kan] | مڠاداکن

Definisi : 1 menjadikan ada; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam ini. 2 menyebabkan ada; menyediakan (wang, tempat dll); menubuhkan (persatuan dsb): Mereka berusaha ~ kelas bimbingan utk ahli-ahli persatuan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengadakan

Peribahasa

Membangkit-bangkit batang terendam.

Bermaksud :

Mengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tekyan[te/.jAn]kata namawang yang tetapkan untuk setiap orang bagi mengadakan sesuatu majlis.Nak nyambut mawlud nabi ni, kite pakat-pakat tekyanle.[nA/ øAm.but mAw.lud nA.bi ni ki.t« pA.kAt.pA.kAt te/.jAn.le]Hendak menyambut maulud nabi ni, kita berpakat tekyanlah.
muyi II[mu.ji]kata kerjaberjaga malam dengan acara berzanji dan lain-lain selepas kelahiran bayi hingga tanggal pusat.Mak Ngah buat keje muyi sampai cucunye tanggal pusat.[mA/ NAh bu.wAt k«.dZ« mu.ji sAm.pAj tSu.tSu.ø« tAN.gAl ]Mak Ngah mengadakan acara berzanji dan bacaan ayat suci pada sebelah malam sehingga cucunya selamat tanggal pusat.
berantam[b«.ÄAn.tAm]kata kerjamemberi sumbangan seperti wang, beras, tepung dan lain-lain untuk menyempurnakan sesuatu majlis.Kalau abang Jah nak buat kenduri, kite adek-beradek bolehlah berantam.[kA.lAw A.bAN dZAh nA/ bu.wAt k«n.du.Äi ki.t« ]Kalau long Jah hendak mengadakan kenduri, kita adik- beradik bolehlah berantam.
bedazi[b«.dA.zi]kata kerjabergotong-royong dalam majlis kenduri kendara, rewang.Minggu depan bedazi kite kat rumah Pak Abu. Die buwat keje kawen.[miN.gu d«.pAn b«.dA.zi ki.t« kAt Äu.mAh pA/ A.bu di.j« bu.wAt k«.dZ« kA.wen]Minggu hadapan kita bergotong-royong di rumah Pak Abu. Dia mengadakan majlis kenduri kahwin.

Kembali ke atas