Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.da.kan] | مڠاداکن

Definisi : 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. meng­usaha­kan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), mengan­jurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.da.kan] | مڠاداکن

Definisi : 1 menjadikan ada; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam ini. 2 menyebabkan ada; menyediakan (wang, tempat dll); menubuhkan (persatuan dsb): Mereka berusaha ~ kelas bimbingan utk ahli-ahli persatuan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengadakan

Peribahasa

Membangkit-bangkit batang terendam.

Bermaksud :

Mengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rumah Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. Ling Sing mengadakan sambutan hari jadi. Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. Adakah ketiga-tiga ayat ini betul? Adakah budak kecil sesuai mengadakan sambutan? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1) Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. 
2) Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. 
Lain-lain01.10.2021
Dalam penulisan rasmi Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini. Ayat di atas ialah ayat songsang. Sekiranya ditukar dalam bentuk ayat aktif akan menjadi begini Saya memaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini sukacita. Kalau pasif. "Dimaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini sukacita. Soalan saya, menurut jawapan yang diberi oleh DBP bertarikh 16.06.2009, penanda makluman yang tepat ialah "sukacita dimaklumkan bahawa" dan bukannya "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa". Daripada contoh yang saya berikan di atas, kalau ayat songsang itu dijadikan ayat biasa kedengaran salah, iaitu: Saya memaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini sukacita. Sepatutnya, "Saya memaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini dengan sukacitanya".Kami bersetuju dengan cadangan tuan, ayat yang betul ialah "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini". Frasa "dengan sukacitanya" ialah bahagian keterangan yang disongsangkan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa10.10.2018
Soalan cerakinkan ayat Pihak polis mengadakan operasi untuk membanteras kegiatan jenayah. Ayat 1: pihak polis mengadakan operasi. Ayat 2: operasi ini membanteras kegiatan jenayah. Soalan saya: betulkah jawaban ayat 2. Terima kasih
Jawapan ayat 2 betul. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan ayat yang lebih tepat seperti yang berikut:

Ayat 1: Pihak polis mengadakan operasi.
Ayat 2: Operasi ini adalah untuk membanteras kegiatan jenayah.
Tatabahasa18.05.2023
Pada 2 April, sekolah akan (menjalankan / mengadakan) kelas tambahan untuk mengganti cuti Hari Raya. Jadual waktu hari selasa akan (diguna / digunakan) pada hari tersebut. 1. menjalankan/mengadakan - yang mana satu kata kerja betul? 2. diguna atau digunakan?

1. Pada 2 April 2011, sekolah akan mengadakan kelas tambahan untuk menggantikan cuti Hari Raya.

2. Jadual waktu hari Selasa akan digunakan pada hari tersebut.

Tatabahasa06.04.2011
Saya ingin mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa & Pustaka bersama ahli-ahli saya seramai 40 orang. Dengan siapa saya boleh hubungi dan aturkan lawatan tersebut?Untuk makluman tuan, tuan perlu menghantar permohonan beserta maklumat lawatan kepada:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.
Lain-lain20.08.2023
Cadangan untuk mengadakan kursus Penyediaan dan Penulisan Minit MesyuaratSaudara boleh membuat permohonan kepada Akademi DBP melalui e-mel akademi@dbp.gov.my/hfauziah@dbp.gov.myLain-lain01.08.2023
Sekolah kami mengadakan Hari Sukan peringkat sekolah. Bolehkah pihak tuan mempasifkan ayat ini? Adakah subjeknya dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama mahupun Ketiga? Jika pihak tuan menggunakan contoh "adik saya" ataupun "pensel saya", sudah tentu subjeknya ialah Kata Ganti Nama Diri Ketiga.... tetapi.... Contoh "adik saya" dan "pensel saya" yang telah saya berikan memberikan tanggapan sebagai kepunyaan atau milik seseorang dan tidak termasuk orang itu sendiri. Tetapi dalam konteks "sekolah kami", subjeknya memberikan tanggapan sebagai pasukan seseorang yang menjadikan orang itu sebahagian daripadanya. Contohya, "keluarga saya" serta "pasukan saya" memberitahu kita bahawa "saya" merupakan sebahagian daripada pasukannya. Oleh itu, bukankah "sekolah kami", mahupun "keluarga saya", mahupun "pasukan saya" dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama?

Ayat pasif bagi contoh ayat yang diberikan ialah “Hari Sukan peringkat sekolah diadakan oleh sekolah kami”. Subjek dalam ayat tersebut bukan kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri ketiga, sebaliknya kata nama.

Kata ganti nama diri orang merupakan kata ganti nama yang mengandungi perkataan yang merujuk diri orang  tertentu, iaitu:
1. Kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita
2. Kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu
3. Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia beliau, mereka, -nya

Tatabahasa07.08.2022
Saya akan mengadakan mesyuarat pada hari esok. Ayat ini betul ke?Ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa16.06.2022
DBKL akan mengadakan majlis apresiasi untuk NGO yang bersama2 menyumbang mengendalikan penempatan sementara gelandangan di KL semasa awal COVID19 selain tagline SEINDAH BUDI, TERPAHAT DI HATI Mohon dapat nasihat dan cadangan lain yang bersessuaian. Terima kasihSlogan yang dinyatakan boleh digunakan. Kami juga mencadangkan beberapa slogan seperti yang berikut:

i. Budi nan indah, tersemat si hati.
ii. Budi nan indah, mekar di hati. 
iii. Seindah budi, terpahat di sanubari.
Lain-lain28.12.2020
Kami juga mengadakan ceramah tentang sains dan matematik. Adakah frasa sains dan matematk itu perlu tulis dengan huruf besar?Menurut data kami, sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik.Ejaan05.04.2020
12345678910...

Kembali ke atas