Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.da.kan] | مڠاداکن

Definisi : 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. meng­usaha­kan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), mengan­jurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.da.kan] | مڠاداکن

Definisi : 1 menjadikan ada; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam ini. 2 menyebabkan ada; menyediakan (wang, tempat dll); menubuhkan (persatuan dsb): Mereka berusaha ~ kelas bimbingan utk ahli-ahli persatuan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengadakan

Peribahasa

Membangkit-bangkit batang terendam.

Bermaksud :

Mengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
holding an enquirymengadakan siasatanUndang-undangTiadaTiada
collector to hold enquirypemungut kena mengadakan siasatanUndang-undangTiadaTiada
createciptaSejarahTiadaPerbuatan mewujudkan, mengadakan, menjadikan, menghasilkan atau melahirkan sesuatu yang baharu, berlaku dalam revolusi atau zaman pembaharuan.
paedophiliapedofiliaPerubatanPsikiatriKeinginan untuk mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak.
al breve (It)al breveKesenianTiadaMengadakan tempo.
rapprochementgerak damaiSejarahTiadaPerbuatan untuk mengadakan hubungan persahabatan atau penyatuan kembali selepas perselisihan atau pertelingkahan.
balai puisibalai puisiKesusasteraanPuisiTempat mengadakan sesuatu aktiviti yang berhubung dengan dunia puisi.
banquet areakawasan bankuetSosiologiTiadaKawasan untuk mengadakan majlis makan bagi keraian rasmi.
forest Actakta hutanPerhutananTiadaAkta untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran, pengurusan di Malaysia bagi maksud tertentu.
dynamics systemsistem dinamikPendidikanTiadaSistem yang berkeupayaan mengadakan pembaharuan secara sendiri.
123456789

Kembali ke atas