Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mengemukakan perkara dll (kpd hakim, parlimen, dll), memberi­tahukan sesuatu (yg tidak baik atau tidak menye­nangkan) utk mendapatkan pertolong­an (sokongan, sesuatu tindakan, simpati, dsb): parlimen ialah tempat ~ sesuatu perkara yg patut diketahui oleh kerajaan; penduduk kampung itu telah ~ kesulitan yg dihadapi kpd pegawai daerah; 2. memberitahukan atau melaporkan sesuatu mengenai seseorang kpd orang atau pihak tertentu utk menyusah­kannya (merugikannya, menganiayainya, dsb): diadukannya ayahnya kpd Jepun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mengemukakan sesuatu hal (kpd orang yg berkuasa dll): Mereka telah ~ kesulitan mereka kpd wakil rakyat. Ia ~ kejahatan temannya kpd penghulu kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengadukan

Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Orang yang menbuat aduan akan digelar PENGADU, bagaimana pula dengan orang yang diadu? adakah terdapat gelaran untuk tersebut. Terima KasihMengikut Kamus Dewan,  "pengadu" boleh membawa dua makna, iaitu orang yang memberitahu seseorang mengenai sesuatu (yang tidak menyenangkan dan sebagainya untuk mendapatkan pertolongan (sokongan, simpati) atau boleh juga untuk mendapatkan keadilan. Makna kedua perkataan "pengadu" ialah orang yang mengadukan,  iaitu memberitahukan atau melaporkan sesuatu mengenai seseorang atau perkara kepada orang atau pihak tertentu.Tatabahasa20.02.2014
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Bau yang (hangat) itu menyesakkan pernafasan saya. (b) Kita susah untuk (membalas) dalam hidup yang penuh dengan persaingan itu. (c) Saya akan (membalas) kerja yang dipesan oleh ibu bapa. (d) Orang itu mengamuk kerana (dihantui) penyakit jiwa. (e) Kuman ialah sejenis hidupan yang (rendah) yang susah dikesan. (f) Rancangan kartun itu (rendah) dan amat disukai kanak-kanak. (g) Diana (mengadukan) kepalanya kerana malu. (h) Abang selalu (sabit) wang daripada ibu.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015

Kembali ke atas