Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengagih;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. "allocate" mengikut PRPM bermaksud menguntukkan, mengagih-agihkan. Konteks ayat saya adalah berkenaan dengan allocation of land. Antara yang perlu saya terjemahkan adalah ayat di bawah: "(b) where the value of any interest or share in land or lot allocated to a beneficiary is less than the value of the share in the estate ..." Apakah padanan yang sesuai bagi "allocated" pada ayat di atas? adakah "diuntukkan"? Satu lagi, boleh kah allocation diberi padanan "peruntukan"? Apakah sebenarnya beza antara penguntukan dan peruntukan. Saya dapati, allocation boleh juga digunakan padanan "peruntukan" (PRPM-"allocation")

Padanan yang sesuai untuk perkataan "allocated" dalam ayat di atas ialah “diuntukkan” kerana perkataan “diuntukkan” memberi pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain.

Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, perkataan “allocation” boleh diterjemahkan sebagai “peruntukan” yang membawa maksud sesuatu yang telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll.) yang ditetapkan (ditentukan).

Perbezaan penguntukan dan peruntukan adalah seperti yang berikut:

-       -Penguntukan: proses menguntukkan atau menentukan sesuatu

-       -Peruntukan: perihal atau hasil bagi sesuatu yang telah ditentukan


Penyemakan dan penterjemahan13.04.2020
Tuan, apakah perbezaannya jika kita meletakkan akhiran -kan di belakang meN... dan TIDAK meletakkan akhiran -kan di belakang meN...? Sebagai contoh: 1. (a)menggunakan (b) mengguna 2. (a) menyaksikan (b) menyaksi 3. (a) memastikan (b) memasti 4. (a) menerbitkan (b) menerbit 5. (a) memberitahu (b) memberitahukan 6. (a) membersih (b) membersihkan 7. (a) melibat (b) melibatkan 8. (a) mengagih (b) mengagihkan 9. (a) mengekal (b) mengekalkan 10. (a) merekod (b) merekodkan 11. (a) memuliakan (b) memuliaUntuk makluman, terdapat kata dasar yang boleh menerima awalan meN- dan boleh juga menerima apitan meN-...-kan. Contohnya:
1. membaca, membacakan 2. membeli, membelikan 3. membesar, membesarkan 4.mengalir, mengalirkan 5. memberitahu, memberitahukan 6. memberi, memberikan
Terdapat juga kata dasar yang hanya dapat menerima apitan meN...-kan dan tidak dapat menerima awalan meN- . Contohnya: menggunakan, menyaksikan, memastikan, membersihkan, melibatkan, mengekalkan, memuliakan
Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 190 - 197.
Tatabahasa29.04.2014

Kembali ke atas