Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.gu.mi] | مڠاݢومي

Definisi : kagum (hairan, takjub) akan: ~ keindahan alam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.gu.mi] | مڠاݢومي

Definisi : (berasa) kagum akan: Dia ~ keberanian pahlawan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengagumi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Murid-murid sangat mengagumi seni bina muzium yang bercirikan reka bentuk moden itu. Adakah ayat di atas betul? Jika tidak, mohon penjelasan mengapa. Terima kasih.
Ayat di atas adalah betul. 
Tatabahasa20.08.2023
Selamat pagi. Kami (kagumi / kaguman) semangat dan pengorbanan Rosli Dhoby? Terima kasih.Selamat pagi,

Ayat yang tepat ialah, Kami mengagumi semangat dan pengorbanan Rosli Dhoby?
Tatabahasa19.08.2015
Assalamualaikum tuan/ puan, Mohon bertanya, bagaimanakah cara ataupun adakah apa-apa tip, bagi mengenal pasti sama ada konsonan pada satu-satu perkataan itu akan 'tenggelam' ataupun 'kekal wujud' apabila ditambahkan imbuhan di hadapannya. Contoh: 1. cinta = mencintai (huruf 'c' kekal wujud) 2. kagum = mengagumi (huruf 'k' tenggelam) Terima kasih.Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta.Tatabahasa27.02.2014

Kembali ke atas