Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngai.ri] | مڠاءيري

Definisi : 1. memberi (menyalurkan, mem­be­kalkan) air ke (sawah dll), menggenangi (sawah dll); ~ sawah orang prb meng­untungkan orang lain; 2. bp memberi minum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngai.ri] | مڠاءيري

Definisi : mengalirkan air ke; membubuh air pd; menggenangi (sawah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengairi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
field channelsaluran sawahKejuruteraanTiadaSaluran untuk mengairi sawah.
field drainparit pertanianKejuruteraanTiadaParit yang mengairi kawasan pertanian.
farm lateralsaluran sisi ladangKejuruteraanTiadaSaluran dari saluran utama yang mengairi ladang.
flood irrigationpengairan banjirPertanianAgroteknologiKaedah pengairan yang dilakukan dengan menggunakan air yang dibanjirkan di sesuatu kawasan tanaman. Kaedah ini memerlukan kemudahan tali air di kawasan tanaman berhampiran dan apabila diperlukan, tali air ini akan disekat lalu menyebabkan air di dalam tali air itu melimpah dan masuk ke dalam kawasan tanaman, yang sekali gus mengairkan tanaman tersebut. Air yang berlebihan akan mengalir masuk di hujung kawasan tanaman. Selain daripada tali air, paip air besar juga boleh digunakan untuk mengairi tanaman. Air akan disalurkan ke kawasan tanaman dengan membuka injap daripada paip besar tersebut.

Kembali ke atas