Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaitkan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Mengapakah murid-murid tahap 2 lemah dalam mengenalpasti nilai-nilai murni dengan tepat berdasarkan petikan diberi? 2. Bagaimanakah untuk mengajar murid mengaitkan nilai-nilai murni yang tepat dengan ayat yang dibaca? 3. Apakah kaedah yang terbaik dan paling sesuai yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C kepada murid-murid tahap 2? 4. Adakah kaedah penghafalan penanda wacana untuk menulis penulisan bahagian C digalakkan? 5. Apakah cara atau cara untuk mengajar murid-murid penulisan Bahagian C menggunakan komputer?Maklumat yang puan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kepada guru panitia bahasa Melayu di sekolah puan kerana perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran ini pihak gurulah yang lebih arif mengenainya.Tatabahasa12.04.2013
saya ingin mengetahui maksud "di lata" secara lebih mendalam yang diguna pakai dalam syair menyambut pelajaran (buku komsas tingkatan 1). Setakat ini saya sukar untuk mengaitkan perkataan tersebut dalam syair untuk diterangkan kepada anak murid saya.

Berdasarkan maksud 'Syair Menyambut  Pelajaran', frasa "di lata" yang dimaksudkan ialah

taraf yang terkebawah.

Lain-lain26.04.2008
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. 1. Maksudnya, pihak kami boleh meneruskan edaran kepada pihak luar seperti yang telah disebutkan. 2. Adakah perlu kami menghantar artikel untuk semakan pihak BDP? 3. Bolehkah pihak kami memohon khidmat DBP untuk menterjemah buku Melayu kepada Inggeris?Kami tidak dapat mengaitkan soalan pertama tuan dengan maklumat yang lain. Untuk makluman tuan, kami membuat semakan untuk teks yang tidak melebihi 100 patah perkataan dan kami juga tidak menyediakan khidmat terjemahan. Untuk khidmat terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia, no 03-92262506.Lain-lain06.01.2014
Apakah beza menghubungi dan menghubungkan? Bolehkah pihak tuan memberikan contoh bagi setiap ayat? Terima kasih

Menghubungi: 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa;

Menghubungkan1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon;  menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; 

Makna14.09.2009
Assalamualaikum.. Saya ingin mendapatkan maklumat tentang teori rasa-fenomenologi yang dikemukakan olah Sohaimi Abdul Aziz dan Teori Semiotik.. Saya telah merujuk buku tetapi maklumat terlalu sedikit.. Harap pihak DBP dapat membantu saya.. Saya juga inginkan panduan untuk membuat ulasan sajak dan ulasan artikel dengan mengaitkan beberapa teori.. Terima kasih..Salam. Untuk makluman DBP telah pun menerbitkan buku 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">
 Rasa - fenomenologi1&Kata=Sohaimi Abdul Aziz">Sohaimi Abdul AzizDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1998
Pihak DBP juga telah menerbitkan buku mengenai semiotik. Sila rujuk dalam laman DBP. Saudari juga boleh mendapat buku tentang analisis puisi oleh Rahman Shaari.
Lain-lain18.07.2009
ASWT.. Saya ingin memohon huraian secara jelas mengenai pantun di bawah. Pohon maaf juga kalau saya tersalah tempat untuk bertanya. Berbanyak terima kasih. Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi.
  1. Yang merah itu saga,
  2. Yang kurik itu kundi,
  3. Yang indah itu bahasa,
  4. Yang molek itu budi.

Secara umum, pantun di atas dikategorikan dalam Pantun Budi. Dalam baris 1 dan 2, dikenali sebagai pembayang atau sampiran. Pembayang pantun tersebut mengambil unsur tumbuhan, iaitu biji saga. Kundi juga adala sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas.

Dalam baris 3 dan 4 pula dikenali sebagai maksud pantun yang menyatakan bahawa yang indah itu bahasa dan yang molek itu budi. Perkataan molek jika dirujuk adalah berkaitan dengan perbuatan yang berkaitan dengan budi.

Jika dikaitkan dengan pembayang dan maksud pantun di atas, kita dapat lihat bagaimana kaitan tersebut dibuat oleh pencipta pantun ini. Dalam pembayang 1, penciptanya menegaskan bahawa  biji saga itu berwarna merah   dan jika dikaitan dengan maksud baris pantun ke 3, pencipta juga menegaskan bahasa yang indah itu bahasa. Manakala dalam pembayang ke 2 pula pencipta menyebut perkataan kundi yang digunakan untuk menimbang emas, iaitu sesuatu yang sangat berharga dan ini dikaitkan pula dengan maksud pantun dalam baris ke 4 yang menyatakan bahawa yang molek itu budi. Cuba lihat bagaimana pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.

Begitulah serba ringkas huraian daripada pantun di atas. Sekian, terima kasih. 

 

 

 

Lain-lain06.07.2009

Kembali ke atas