Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.jar.kan] | مڠاجرکن

Definisi : mengajar sesuatu (kpd sese­orang dll), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb): siapa ~ hitung­an yg sesulit ini; ia ~ cara-cara me­ngen­dalikan mesin tersebut kpd pekerja-pe­kerja baru; guru yg ~ sesuatu mata pelajar­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.jar.kan] | مڠاجرکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg pengetahuan kpd seseorang: Guru perlu ~ bahasa yg baik kpd murid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengajarkan

Peribahasa

Tinggal di tabung dituntungkan,
     tinggal di aweh dikiraikan.

Bermaksud :

Telah mengajarkan semua ilmu yang ada dalam dadanya. tuntung = tunggang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu Suria mengajar atau mengajarkan Sivik kepada murid Tahun Enam Gemilang. Soalan: apakah perbezaan mengajar dan mengajarkan? harap dpt memberikan conton ayat. terima kasih.

Ayat yang betul ialah Cikgu Suria mengajarkan Sivik kepada murud Tahun enam Gemilang. Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain sementara mengajarkan bermaksud menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Contoh ayat ialah, Cikgu Ariffin mengajarkan bahasa Melayu kepada pelajar kelas 5 Sains. Cikgu Ariffin mengajar pelajar 5 Sains bahasa Melayu. Terima kasih.

Tatabahasa19.06.2008
Salam Mana yang betul 1)"Apakah nama guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah kamu"? ATAU 2)"Siapakah nama guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa malaysia di sekolah kamu?"Ayat yang betul ialah "Siapakah nama guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah kamu?".Tatabahasa29.06.2011
Saya hendak mengajarkan ayat songsang yang berikut kepada anak saya: 1.Memberitahu saya Ali bahawa dia akan ke Singapura. (Asalnya: Ali memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura.) 2. Diberitahu oleh Ali saya bahawa dia akan ke Singapura. (Asalnya: Saya diberitahu oleh Ali bahawa dia akan ke Singapura.) Adakah bentuk ayat songsang tersebut betul? Saya memohon jawapan segera kepada tuan.

Ayat asal : Ali memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura

Ayat songsang : Dia akan ke Singapura, Ali memberitahu saya.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 457. 

Tatabahasa20.01.2010
selamat pagi,'perkataan mana yang sesuai Cikgu Hamdan sedang ___________subjek Bahasa Malaysia di kelas Lima Progresif. mengajarkan mengajari mengajar belajarCikgu Hamdan sedang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Malaysia di kelas Lima Progresif. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (mata pelajaran) kepada seseorang dan lain-lain.Tatabahasa11.10.2012
1. Guru itu mengajar pelajar-pelajar cara menulis sebuah karangan. 2. Guru itu mengajar Bahasa Malaysia. 3.Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 4. Guru itu mengajarkan pelajar-pelajarnya Bahasa Malaysia. Adakah ayat-ayat tersebut betul atau salah. 1. Sebaris kata-kata atau sebaris kata. terima kasih

1. Guru itu mengajar pelajar cara menulis karangan. 2. Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 3.Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 4. Guru itu mengajar pelajarnya Bahasa Malaysia. 

1. Sebaris  kata.

Tatabahasa10.03.2010
Salam Mohon penjelasan terperinci perbezaan antara kosa kata `mengajar' dan `mengajarkan'. Terima kasih. Izani b. Hj, DaudMengajar bermaksud menyampaikan ilmu kepada orang lain. Mengajar mesti diikuti dengan sasaran seperti mengajar murid-murid. Mengajarkan bermaksud memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain, seperti mengajarkan cara-cara mengendalikan mesin.Tatabahasa19.12.2011
Salam Mohon penjelasan antara ayat (1) dan (2), yang mana betul. 1) "Apakah nama guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah kamu?" 2) "Siapakah nama guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah kamu?" Terima kasih. Izani b. Hj. DaudAyat yang betul ialah "Siapakah nama guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah kamu?".Tatabahasa29.06.2011
Salam tuan, Apakah perbezaan antara a) mengajar b) mengajarkanMengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada: mengajar orang menggunakan senjata; manakala mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (kepada seseorang dan lain-lain), atau memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya): siapa mengajarkan hitungan yg sesulit ini.Makna27.02.2010
Antara berikut manakah yang betul? Cikgu Syahir _____________ mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid Tahun Enam Zuhal. a)mengajarkan b) mengajar Tolong jelaskan penggunaan imbuhan 'kan'. Terima Kasih.Cikgu Syahir mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid Tahun Enam Zuhal. Dari aspek makna mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain dan lazimnya diikuti dengan objek bernyawa, seperti ... mengajar orang menggunakan senjata. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (kepada seseorang), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya) dan lazimnya diikuti dengan objek tidak bernyawa, seperti ... guru yang mengajarkan sesuatu mata pelajaran. Untuk memahami tajuk akhiran -kan, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 183.Tatabahasa27.07.2011
Adakah ayat ini betul? 1. Cikgu Lee mengajarkan mata pelajaran Matematik kepada murid-murid kelas Lima Hijau.1Jawapan:
1. Cikgu Lee mengajarkan mata pelajaran Matematik kepada murid-murid Kelas Lima Hijau.
Lain-lain09.10.2014
1234

Kembali ke atas