Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ji] | مڠاجي

Definisi : 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesai­kan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.ji] | مڠاجي

Definisi : 1 membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaji

Puisi
 

Mengaji Qurªan Istanbul,
     Lambat pandai di tengah hari;
Kalau adinda berhati betul,
     Kasilah abang cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Berbilang dari esa,
     mengaji dari alif.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
recitevt 1. read out loud, membaca; (poem) mendeklamasikan, mengucapkan; (Koran) mengaji, membaca; (verses from the Koran) membaca: to ~ a poem, membaca sajak; 2. enumerate, mention in order, menyebut(kan) [sst] satu persatu: he ~d his complaints to the chief, dia menyebut rungutannya satu persatu kpd ketua itu; 3. give a narration of, menceritakan: he ~d the events leading to his marriage, dia menceritakan peristiwa-peristiwa yg membawa kpd perkahwinannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
recitevi read st before an audience, membaca + approp n; (poem) berdeklamasi; (from the Koran) mengaji: he ~d very well, dia membaca petikan itu dgn sangat baik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas