Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ji] | مڠاجي

Definisi : 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesai­kan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.ji] | مڠاجي

Definisi : 1 membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaji

Puisi
 

Mengaji Qurªan Istanbul,
     Lambat pandai di tengah hari;
Kalau adinda berhati betul,
     Kasilah abang cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Berbilang dari esa,
     mengaji dari alif.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati.Dalam keadaan yang serba salah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbilang dari esa, mengaji dari alif.Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal.Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak.Dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas