Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.Öa.ki.bat.kan]/ | مڠعاقبتکن

Definisi : mendatangkan akibat, me­nye­babkan terdapatnya atau berlakunya se­suatu peristiwa dll (yg buruk): serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh; persengke­taan yg mungkin ~ peperangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.Öa.ki.bat.kan]/ | مڠعاقبتکن

Definisi : mendatangkan akibat; menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa: Kedegilan Israel telah ~ peperangan di Asia Barat berlanjutan hingga sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakibatkan

Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGGURUNANKemerosotan/pemusnahan tumbuhan mengakibatkan perubahan permukaan bumi.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
MERAH MUKA

Merah muka mengakibatkan muka dan leher

menjadi merah dan panas. Keadaan ini berlaku

apabila kapilari, pembuluh darah halus dalam kulit,

dipenuhi darah secara tiba-tiba.

UMUM 
DEMAM CAMPAK

Demam campak ialah sejenis penyakit yang

mengakibatkan ruam di seluruh tubuh. Penyakit ini

ialah satu penyakit yang sangat mudah berjangkit

(boleh berjangkit melalui sentuhan). Lazimnya

penyakit ini berlaku pada kanak-kanak tetapi orang

dewasa juga boleh dijangkiti. Di negara maju

hanya segelintir  yang dijangkiti penyakit

itu menemui ajal. Walau bagaimanapun, penyakit

ini boleh menyebabkan kematian kepada ramai

kanak-kanak yang kekurangan zat makanan di

negara membangun. Nama perubatan untuk

penyakit campak ialah rubeola. Campak Jerman,

yang dikenali sebagai rubella sebenarnya ialah

sejenis penyakit yang berlainan, tetapi mempunyai

tanda-tanda awal yang serupa.

UMUM 
TAHAYUL

Tahayul ialah kepercayaan tradisi bahawa sesuatu

tindakan atau peristiwa boleh mengakibatkan atau

menjadi alamat bagi sesuatu peristiwa akan datang

yang tidak berkaitan. Sebagai contohnya, mereka

yang percaya kepada tahayul akan percaya bahawa

membawa kaki arnab akan membawa tuah. Ada pula

yang percaya bahawa jika seekor kucing hitam

melintasi laluan mereka, sesuatu musibah akan

menimpa. Ada juga yang percaya bahawa tetamu

akan tiba jika pisau atau garpu terjatuh ke lantai.

Kepercayaan begini merupakan tahayul kerana

setiap kali tindakan dan peristiwa yang diramalkan

akan berlaku mengikut adat lama, dianggap

berkaitan. Umpamanya kaki arnab dikaitkan dengan

kesuburan.

UMUM 
SINDROM LESCH-NYHAN

Sindrom Lesch-Nyhan ialah sejenis penyakit

keturunan yang jarang ditemui dan boleh

mengakibatkan rencatan mental. Sindrom ini

berpunca daripada kekurangan hipoksanthinaguanina

fosforibosil transferas, sejenis enzim yang

terdapat dalam semua sel badan. Enzim ini biasanya

terdapat pada paras kandungan yang tinggi di

dalam bahagian basal ganglia otak. Basal ganglia ini

membantu mengawal pergerakan badan yang tidak

disedari. Selain terencat mental, gejala sindrom ini

juga merangkumi pergerakan yang tidak terkawal

serta kecenderungan mencederakan diri sendiri.

UMUM 
RABIES

Rabies atau penyakit anjing gila ialah penyakit

berjangkit yang memusnahkan sel saraf di

bahagian tertentu otak dan selalunya

mengakibatkan kematian. Manusia dan kebanyakan

mamalia lain boleh menghidap penyakit ini.

Perkataan rabies dalam bahasa Latin bermakna

kemarahan atau keberangan. Penyakit ini mungkin

diberikan nama sedemikian kerana haiwan yang

dijangkiti sering kali menjadi gila dan menyerang

sebarang objek atau haiwan lain yang berada di

hadapannya. Oleh sebab salah satu gejala penyakit

rabies ialah ketidakupayaan menelan air; penyakit

ini juga dikenali sebagai hidrofobia yang

bermaksud takut air.

UMUM 
PERUBAHAN SOSIAL

Perubahan sosial bermaksud sebarang

perubahan besar dalam struktur sebuah masyarakat.

Perubahan jangka pendek, seperti perubahan dalam

kadar pengangguran, tidak akan mengakibatkan

perubahan sosial. Begitu juga halnya dengan

kegemaran dan minat baru yang sementara, fesyen,

dan perubahan sementara dalam perkembangan

idea dan tingkah laku tidak dianggap sebagai

perubahan sosial. Perlantikan sebuah kerajaan baru

juga bukan merupakan satu perubahan sosial. Walau

bagaimanapun, menggantikan sebuah kerajaan yang

dilantik dengan sebuah kerajaan yang berbentuk

kediktatoran akan mengubah struktur kerajaan

tersebut, dan dengan ini merupakan satu perubahan

sosial. Kebanyakan ahli sosiologi mengiktiraf empat

jenis perubahan sosial.

UMUM 
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT

Sindrom kematian bayi mengejut, juga

disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah

suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi

yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi

didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di

atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan,

walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji

keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di

kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi

mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab

utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah

memerhatikan kejadian yang membawa kepada

SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru,

tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang

malang ini tidak menangis atau meronta.

UMUM 
TANAH TANDUS

Tanah tandus ialah kawasan yang terdiri daripada

bukit kecil yang curam dan lurah yang dalam yang

terbentuk terutamanya oleh hakisan air. Banjir kilat

mengakibatkan hakisan paling banyak berlaku di

kawasan tanah tandus dan biasanya melibatkan

kawasan yang luas. Hakisan yang disebabkan oleh

alur sungai kecil dan percikan air hujan pada cerun

bukit juga memainkan peranan untuk membentuk

tanah tandus.

UMUM 
KELUMPUHAN SPASTIK

Kelumpuhan spastik suatu keadaan apabila

keupayaan mengawal otot berkurang akibat

kerosakan pada sistem saraf pusat (otak dan saraf

tujang). Kerosakan yang mengakibatkan keadaan ini

boleh berlaku semasa ataupun sebelum kelahiran.

Kelumpuhan spastik boleh juga berkembang

selepas kelahiran sekiranya jangkitan seperti

meningitis merosakkan otak, atau jika kerosakan

berpunca daripada strok, keretakan tengkorak, atau

kecederaan lain.

UMUM 
123

Kembali ke atas