Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.Öa.ki.bat.kan]/ | مڠعاقبتکن

Definisi : mendatangkan akibat, me­nye­babkan terdapatnya atau berlakunya se­suatu peristiwa dll (yg buruk): serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh; persengke­taan yg mungkin ~ peperangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.Öa.ki.bat.kan]/ | مڠعاقبتکن

Definisi : mendatangkan akibat; menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa: Kedegilan Israel telah ~ peperangan di Asia Barat berlanjutan hingga sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakibatkan

Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mutagenmutagenBioteknologiTiadaAgen yang mengakibatkan mutasi dengan mengubah maklumat genetik dan seterusnya mengakibatkan perubahan dalam ciri pengekspresian. Agen tersebut terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu bahan kimia dan sinaran pengionan. Bahan kimia dapat mengaruh kehilangan dan perubahan bes dalam DNA, atau mungkin masuk ke dalam DNA.
pathogenic organismorganisma patogenBiologiEkologiOrganisma yang boleh mengakibatkan penyakit kepada tumbuhan dan haiwan hidup. Misalnya, bakteria E. coli boleh mengakibatkan penyakit, seperti cirit-birit pada manusia melalui penyebaran air.
otosclerosisotosklerosisPerubatanTiadaKeadaan patologi pada labirin tulang telinga, yang dicirikan dengan pembentukan tulang spongiosum (otospongiosis), terutama di hadapan dan posterior pangkal tulang rakap. Keadaan ini boleh mengakibatkan ankilosis tulang rakap, yang seterusnya mengakibatkan kepekakan konduksi. Otosklerosis boleh juga terjadi pada koklea, yang mengakibatkan kepekakan sensorineura.
poxviruspoksvirus)PerubatanTiadaSegolongan virus DNA yang agak besar saiznya, termasuk virus vaksinia (mengakibatkan penyakit cacar lembu), variola (mengakibatkan penyakit cacar) dan virus yang menjangkiti haiwan peringkat rendah.
acne vulgarisakne vulgarisPerubatanTiadaInflamasi kelenjar pilosebum yang mengakibatkan lesion kulit, terutamanya pada muka, dada dan belakang, yang biasanya muncul pada peringkat remaja. Antara sebab utama yang mengakibatkan keadaan ini ialah ketakseimbangan hormon. Keadaan ini menjulat dari lesion yang agak ringan yang disebut komedon (jerawat hitam) hinggalah ke suatu keadaan yang teruk yang disebut akne sistik (jerawat batu).
pulmonary embolismembolisme pulmonariPerubatanTiadaTrombus yang boleh menyekat sesuatu cabang arteri pulmonari, dan mengakibatkan vasokonstriksi pulmonari. Keadaan ini menyebabkan gangguan ventilasi dan perfusi yang mengakibatkan hipoksemia dan iskemia pulmonari dan akhirnya infarksi pulmonari.
antigen excesslebihan antigenSains ForensikTiadaNisbah antigen yang tinggi berbanding antibodi dalam campuran antigen-antibodi yang mengakibatkan kompleks antigen-antibodi terlarut. Semasa pengujian serologi forensik, lebihan antigen boleh mengakibatkan mendakan tidak kelihatan dan boleh membawa kepada ujian negatif palsu.
diabetes mellitusdiabetes melitusMakanan dan PemakananPemakananPenyakit yang disebabkan oleh gangguan fungsi hormon insulin dan berlakunya rintangan insulin yang mengakibatkan peningkatan paras gula darah. Penyakit ini mengakibatkan glukosa dalam darah tidak dapat dioksidakan untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon insulin atau insulin yang dihasilkan itu kurang berkesan. Diabetes melitus dicirikan dengan letih, dahaga, lapar, kerap kencing dan penurunan berat badan. Penyakit ini sering terjadi kepada golongan dewasa dan semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia.
elephantiasiselefantiasisPerubatanTiadaPenyakit kronik yang disebabkan oleh infeksi cacing filaria yang mengakibatkan inflamasi dan penyumbatan pembuluh limfa dan hipertrofi kulit serta tisu subkutis. Bahagian tubuh yang lazim terlibat ialah anggota bawah dan genitalia. Istilah ini juga digunakan untuk sebarang keadaan yang mengakibatkan hipertrofi dan penebalan tisu. Sin: untut
osteitis deformansosteitis deformansPerubatanTiadaSejenis penyakit kronik yang mengakibatkan kelemahan dan kecacatan bentuk tulang. Kelemahan dan kecacatan ini berlaku akibat resorpi zat tulang, yang seterusnya mencetuskan mekanisme baik pulih yang tidak normal, sehingga menambahkan jisim tulang. Keadaan ini melibatkan tulang panjang dan leper, dan boleh mengakibatkan kesakitan serta fraktur patologi. Sin: penyakit Paget
12345678910...

Kembali ke atas