Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngak.tif.kan] | مڠکتيفکن

Definisi : membuat (menjadikan) aktif, menggiatkan: ~ kembali parti yg hampir mati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngak.tif.kan] | مڠکتيفکن

Definisi : membuat supaya menjadi aktif; menggiatkan. keaktifan keadaan atau hal aktif. pengaktifan perbuatan atau hal mengaktifkan. pengaktif sesuatu (bahan dsb) yg mengaktifkan: ~ enzim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaktifkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
VISUAL PAPAN IKLAN PERLU PENGESAHAN BAHASA DARIPADA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran).

Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan.

Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diprses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat.

Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak.

Lain-lain17.11.2021
DBKL suruh saya apply until iklan kedai dekat DBP, tetapi saya tak data nak jumpa borang aplikasi online. Boleh tolong tunjuk saya macam mana nak apply?Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran).

Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan.

Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat.

Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak.
Lain-lain18.02.2022
saya memohon sesalinan sijil pengesahan bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran).

Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan.

Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat.

Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak.
Lain-lain18.11.2021
Saya menghadapi masalah mencari terma teknikal untuk banyak kata nama Inggeris untuk teknologi IT seperti "push notification". Terdapat jawapan dari Khidmat Nasihat mengenai "push notification" tetapi cadangan "Pemberitahan Segera" atau "Pemberitahuan Semasa" agak kurang tepat. Saya rasa "Pemberitahuan Dorongan" atau "Pemberitahuan Pacuan" lebih sesuai kerana pemberitahuan ini didorong atau dipacu oleh skrip atau kod yang dihantar dari sistem pelayan pemprosesan awan Google untuk aplikasi tersebut tanpa mengaktifkan aplikasi tersebut dari peranti. Namun, ia juga boleh dipacu oleh aplikasi tersebut apabila ia diaktifkan. Rujukan: https://developers.google.com/web/ilt/pwa/introduction-to-push-notificationsKami mengambil maklum pandangan anda dan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Istilah Semasa DBP. Sekiranya bersesuaian dan dipersetujui oleh pakar penggubal istilah, kami akan mengemas kini istilah berkenaan. Istilah17.03.2019
Permohonan Untuk mendapatkan Lesen Cawangan bago Perkhidmatan Travel & Tours

Untuk mendapatkan khidmat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan daripada DBP, sila kemukakan permohonan tuan melalui Laman web dbpsahbahasa.my. Sekiranya tuan belum menpunyai akaun pengguna, sila klik pautan “Daftar Akaun” dan isi maklumat yang diperlukan. Selepas pendaftaran berjaya, sila semak e-mel dan klik pautan yang dihantar untuk mengaktifkan akaun. 

Mulakan proses pendaftaran dengan pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan). Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat atau yang berkaitan.  Pilih PBT dan klik “PILIH”. Pastikan jumlah bayaran RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format dan klik SIMPAN.

Tuan akan menerima makluman “Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya”. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.


Lain-lain31.01.2024
1) ADAKAH BANNER SAYA DITERIMA UNTUK DIGANTUNG DI RUANGAN IKLAN? 2) DIMANA RUANGAN UNTUK SAYA LAMPIRKAN BANNER SAYA UNTUK RUJUKAN TUAN/PUAN?Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web www.prpm.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Kemudian klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. (bukan Khidmat Nasihat DBP) Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik "Daftar". Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuk mendapatkan Kod Pengaktifan. Brosur tentang Khidmat Pengesahan Bahasa ini boleh dimuat turun di laman web DBP.Lain-lain02.05.2013
mohon khidmat nasihat utk lampiran di bwh:Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web www.prpm.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Kemudian klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. (bukan Khidmat Nasihat DBP) Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik "Daftar". Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuk mendapatkan Kod Pengaktifan. Brosur tentang Khidmat Pengesahan Bahasa ini boleh dimuat turun di laman web DBP.Lain-lain17.05.2012
Semakan penggunaan bahasa malaysia pada iklan papan tanda untuk tujuan pemohonan lesen perniagaan.Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web www.prpm.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Kemudian klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik "Daftar". Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuk mendapatkan Kod Pengaktifan. Brosur tentang Khidmat Pengesahan Bahasa ini boleh dimuat turun di laman web DBP.Lain-lain03.08.2011
Permohonan pengesahan visual papan iklan oleh pihak DBPSekiranya papan iklan ini ialah papan tanda premis, sila letakkan teks PEJABAT URUSAN di bahagian penjuru atas sebelah kiri papan iklan. Mohon besarkan saiz teks tersebut dan pastikan warnanya jelas dan terang. Sila betulkan ejaan TEL.:  dan  FAKS: serta letakkan tanda titik bagi perkataan SDN.  BHD.

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran).

Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan.

Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat.

Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak
Lain-lain15.12.2021
Salam Tuan; Mohon semakan tabahasa untuk keperluan permohonan lesen papan tanda Majlis Bandaraya Subang Jaya. Sekian. Terima Kasih. Wassalam. Fadhlan 0162572869Sekiranya papan iklan ini ialah papan tanda premis, sila letakkan teks PEJABAT URUSAN di bahagian penjuru atas sebelah kiri papan iklan. Mohon besarkan saiz teks tersebut dan pastikan warnanya jelas dan terang. Sila betulkan ejaan BANDAR RAYA. Italikkan MBSJ Smart Vibrant atau buat dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Mohon letakkan tanda titik bagi perkataan NO.

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran).

Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan.

Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat.

Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak
Lain-lain13.12.2021
123

Kembali ke atas